Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja

Hari ini hari cuti... Cuti hari pekerja... Sesiapa bekerja dia cuti... hehehe... apa la eden mengarut nih... ni kes tgh tunggu lalink amik la ni... hehe... Apa2 pun disini aku nak ucapkan SELAMAT HARI PEKERJA.... SETAHUN SEKALI DIBERI CUTI... Hanya 1 hari je kita meraikannya... huhuhu....sungguh xpatut... k la... lalink I dh nak smpi... papai... I nak g kenduri.... nnt smbg lepas kenduri ye.... (*_^)

Friday, April 29, 2011

HoLiDaY iN MeLaKa

Hari aku amik half day sebab nak g Melaka amik adikku di UiTm. . . Alkisah bawa yaya tp xbawa selipar yaya. . .  bertolak dr KL jam menunjukkan 3.45ptg. . . sampai di Alor Gajah jam 5.15ptg. . . Fuhh. . .barang punya la banyak.. . cakap sikit jeW. Exora ku penuh dengan barang dia jerk. . . Lepas tu kami p jalan kat Pantai 1 Malaysia (Lebih dikenali dengan Pantai Klebang). . . Beli Ikan Pari, Ketam. . . makan Steamboat. . . jum kita g pantai. . .





Ini yaya yang excited nampak AIR . . . siap minta kebenaran nak mandi. . . tp sayang semua xbg yaya mandi. . . muka dia mula cemberut macam makan asam... hehehe. . . (tp sempat lg peace tu)












Mata yaya dh xleh focus kat Camera sbb teruja nmpk AIR. . .  tu yg terbawa smpi dlm mimpi... Ciannye yaya nih...














Menghampiri AIR. . . xpuas hati lg. . . yaya minta kebenaran ABAH plak... sama juga jwpnnye... abah still xbg...  hehehe




Suasana yang indah diwaktu petang. . . (^_^)




















Tuesday, April 19, 2011

Sejuta Impian

Hii bloggers...

Dengar tajuk diatas menggerunkan.... SEJUTA IMPIAN. . . Anda ada Impian??? Adakah impian anda sudah tercapai? Apakah impian anda akan direalisasikan? jawapan nya ada pada anda semua... Sejuta impian...entah berapa juta impian ku... kalau nak senaraikan semua impian memang xdapat...tp salah satu nya impian ak ialah membahagiakan mama & abah ku... itu memang tidak dapat direalisasikan oleh sesiapa jua kecuali diri ak sendiri... k.long sayang mama & abah... dikau la pengubat di saat ku terluka, berduka, gembira, mama & abah akan sentiasa disisi... {ermm...layan emosi sat ('___') }. . .dengan keadaan sekarang ak masih belum dapat memuaskan hati mereka . . .

Tapi ni sebenarnya kan satu rancangan yang bakal disiarkan pd bulan Mei ini bertajuk Sejuta Impian... Impian anda boleh direalisasikan oleh mereka... Aku terklibat dengan sesi rakaman sejuta impian 19-April-2011. . . sebagai penyokong je bagi merealisasikan Impian Puan Emy Dahlia Founder of X10der Dahlya & Dahlya Button. . . TAHNIAH K.emy kerana impian k.emy tercapai walaupun dgn syarat...(^_^). Cukup membahagiakan jika sda pihak yg dermawan yang sanggup merealisasikan impian mereka... siapa nak bg RM10000.00 tanpa membayar balik... ada ke dermawan yang nak bg. . .
Sepanjang sesi rakaman ku terharu dgn seorang belia ni... Impian nye untuk menjadi skaters terbaik & menjadi Idola kpd belia lain... apa peranan menteri belia & sukan jika tidak dapat membantu belia ni... dengan dana yang diminta dia ingin menjadi jurulatih kpd para belia diluar sana... akhirnya TV3 dengan bermurah hati menaja dia sebanyak RM10000.00 untuk perbelajaan dia ke Europe dan pulangnya dia dari Europe pihak sejuta impian memberikan tambahan RM10000.00 untuk dia melatih para belia di Malaysia untuk menjadi skaters terbaik... Itu lah IMPIAN ADIK ARENA FITRI . . .(^_^). . .

Yang sedih nya jika impian kita tidak dapat direalisasikan oleh mereka...adalah segelintir dari contestant yang hadir tu kecewa.. paling kecewa seorang bapa yang mengharapkan dia berjaya merealisasikan impian anaknya tapi tidak berjaya... x mengapalah mungkin ada pihak lain yang akan membantu... Insyaallah...


NOTE: IMPIAN DI DUNIA SENANG DICAPAI, TETAPI IMPIAN DI AKHIRAT ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA???

Friday, April 15, 2011

Malas jaga ikhtilat elak zina hati?

sumber: http://sarah-al-haura.blogspot.com/ 

Baru-baru ini, sahabat kesayangan meminta pendapat saya berkenaan persoalan dari seseorang. Mari kita lihat kepada persoalan yang diutarakn, 'better bergaul selamba dgn laki (mcm kwn2 kte yang biasa bergaul) drpd asyik mjaga hati sehingga timbulY pyakit ht spt terminat dgn kesolehan/kebaikan seorg min itu? kdg2 org yang berfikrah lebih teruk zina hatiY dari yang x berfikrah”
Maka, dengan itu, izinkan saya bertanyakan satu persoalan:
1) 1) perlukah bergaul dengan lelaki-lelaki (kawan-kawan) andai tiada kepentingan disitu?
Perlukah?
Perlu difahami kepentingan itu maksudnya yang bagaimana. Kalau sekadar bersembang kosong di laman FB, saling alert dengan notification, ketawa-ketawa dan bergurau senda, maka saya tak rasa ada kepentingan disitu. Samalah juga halnya jika duduk lepak di kafe, bersembang-sembang dengan kawan-kawan lelaki dan perempuan tanpa ada hala tujunya. Disitu kita ada pilihan, sama ada untuk pergi atau terus-menerus duduk berbual kosong sebegitu. 
Jika ada yang kata ‘ingin berdakwah dengan mereka’ (yang bukan sejantina ya maksud saya) sila lupakan niat kamu yang sebegitu. Saya lebih galakkan agar kamu berdoa, moga Allah menggerakkan hati sesiapa sahaja yang sejantina dengannya untuk membimbingnya. Yakinlah, doa kamu tidak akan sia-sia. Allah pasti akan kabulkan permintaan dari hati orang yang tulus berdoa untuk kebaikan orang lain. Itu pun andai orang yang didoakan itu memang benar-benar kuat kesungguhan hatinya untuk mengislahkan dirinya. Percayalah, orang-orang yang baik, pasti akan Allah temukan mereka dengan kawan-kawan yang baik dan soleh juga.
Jangan tertipu.
Aduh, ini agak parah. Buat kamu si muslimah solehah yang kuat berdakwah dan tajam fikrahnya, sila jangan tertipu dengan orang lelaki yang mengaku kawan kamu, dan menginginkan kamu untuk mendidiknya. Dalam ayat yang lebih senang, mahukan kamu utk terus-menerus berdakwah dengannya. Nah tengok, permulaannya adalah mengaku 'kawan'..... Permulaannya adalah ’aku kawan dia, aku nak berdakwah dengan dia, dia pun cuma boleh masuk and terima nasihat aku sorang je’ Ceh, tipu! Dusta semata. Yang sebenarnya dah nampak sangat si lelaki memang ada hati dengan his so-called friend itu. Dan percayalah, syaitan yang sgt licik dan halus tipu dayanya itu akan mengambil peluang dengan mencampakkan pelbagai jenis perasaan dalam hati kalian berdua. Elok-elok niat nak berdakwah terus jadi lain ceritanya.
Hati kita bagaimana?
2) " bila kita tlalu asyik menjaga hati, takut timbul mslh hati spt terminat dgn kesolehan min?" Begitu?
Kita memang dituntut untuk menjaga kesucian hati. ‘Lagi-lagi jaga hati. Lagi-lagi jaga hati! Aku kalau jumpa budak-budak geng-geng malaikat nih, mesti diorang pesan suruh jaga hati. Sana sini jaga hati je! Ya, mungkin ada yang sampai naik rimas jika dipesan begitu. Apa sibuk sangat nak jaga hati ni?!’
Kerana apa? Kerana hati lah tempat pertama yang akan dilihat dan dinilai Allah. Jika kita terlalu asyik dengan penjagaan hati, bukankah itu tanda sensitiviti kita terhadap kebersihan hati kita. Dan itu juga semestinya satu jihad buat kita. Bayangkan orang yang terlalu menjaga hatinya (andaikan dia adalah muslimah), jika ternampak lelaki yang handsome, agak2 kita, apa yang akan terjadi?
"masya Allah hensemnya dia subhanallah! Eh apa aku ni! Astaghfirullah ampunkan aku ya Allah, bantulah aku dalam menjaga hatiku agar kekal hatiku bersih ya Allah"
Lihat. Kerana terlalu peka dalam menjaga hatinya, dia cepat-cepat memohon ampuanNYA dengan istighfar. Dia mahu hatinya kekal bersih . Kita yakin dia tidak lah sampai ke tahap membayangkan yang bukan-bukan terhadap lelaki itu (boleh je kalau dia nak tapi, perempuan, lebih-lebih lagi muslimat yang ditarbiyyah tidak akan begitu). Tetapi sebaliknya, apa tindakannya? Cepat-cepat dia bersegera dalam menundukkan pandangan dan menutup segala macam lubang-lubang maksiat yang lain. Tiada ruang langsung dibuka untuk membiarkan perasaan nya (nafsunya) dibuai-dibuai dengan rasa terpesona melihat kesempurnaan wajah sang adam. Saya ulangi, bukankah itu satu jihad? Jihad melawan nafsu (perasaan) itulah jihad yang paling besar. Nafsu dalam diri kita bersamaan dengan 70 ekor syaitan. Itu lah namanya menjaga hati. Mujahadah. Dan mujahadah itu memang bukan senang. Kalau senang, tidak akan sesekali ia dinamakan mujahadah.
Allah Maha Tahu betapa peritnya mujahadah itu sebenrnya. Agak-agak kita kan, bagaimana agaknya Allah bisa tahu? Pastilah kerana DIA yang menciptakan kita. Maka seharusnya memang menjadi satu kemestian untuk DIA Yang Maha Berkuasa itu tahu betapa susah bagi kita untuk melawan nafsu dan mengawal fitrah kita. Maka kerana itu jihad melawan nafsu itulah jihad yang paling terbesar. Betapa Allah menyediakan ganjaran yang besar utk itu.
Hati kita, siapa yang pegang?
Yang ketiga, persoalan terminat pada muslimin. Kita sedia tahu bukan, segala apa yang kita rasa ini, hadirnya dari siapa. Kita sedia maklum bukan, segala perasaan kita terhadap seseuatu dan terhadap seseorang, didatangkan oleh siapa. 
Ya, Allah yang hadirkan perasan itu. Dia yang Maha Membolak-balikkan hati itu tidak menghadirkan perasaan itu dengan suka-suka dan sia-sia. Dan Allah juga menghadirkan perasaan sedemikian bukanlah dengan tujuan supaya nanti kita boleh kata, "eh kau apa tahu. Aku cintakan dia nih sebab Allah tau yang hadirkan perasaan ni.[1] Kitorang saling bercinta saling couple, berkasih syg ni, sebab Allah tau yang hadirkan perasaan ni kat kitorang. Kan ke Allah tu Pemilik Hati?[2]" 
[1] Itu betul. Rasa cinta, minat atau sekadar suka itu satu fitrah.
[2] ini yang tidak betul. Melayan perasaan (nafsu) dan menjadikan Allah sebagai alasan.
Allah Maha tahu andai kita terminat akan seseorang muslimin, kita akan merasakan betapa kotornya hati kita. Justeru, kita akan tingkatkan mujahadah kita, sedaya upaya mengawal perasaan itu. Sedaya upaya menyembunyikan perasaan itu dari diketahui orang lain lebih-lebih lagi empunya diri yang diminati. Dan mungkin juga Allah sengaja mencampakkan perasaan sedemikian, agar kita kecewa. Kenapa saya kata begini?
Ubat kecewa adalah kembali kepada Allah.
Ketahuilah, betapa perit dan pedihnya dirasai andai yang diminati telahpun berpunya.
Saya berkata begini kerana boleh jadi, muslimin yang kita minati itu telahpun berpunya. Andai kita di tempat muslimat yang meminati muslimin itu, bayangkan bagaimana perasaan kita? Pastilah hancur dan luluh! Kemungkinan besar, tangisan itu pasti terluah juga. Dan bukankah manusia itu hanya akan lebih mengingati Allah saat dia kesedihan? Bukankah manusia itu begitu sifatnya? Di saat-saat begitu lah dia akan meletakkan sepenuh-penuh pergantungan dan kepercayaan kepada Allah, dan lebih menghampirkan diri kepada Allah. Agak-agak kita lah, apa kesan dan konsekuensi dari kekecewaan melampau begitu? Ya, cintanya terhadap Allah Yang Maha Sempurna akan bertambah dengan lebih hebat! Masakan tidak? Dia sudah menjadi semakin hampir dengan Allah, pasti cinta kpd Allah itu akan bertambah. Bila cinta dengan Allah telah bertambah, automatik pekerjaannya setiap saat menjadi ibadah. Masakan tidak? Setiap kerja yang dibuatnya diiringi dengan niat yang baik untuk Islam semata dan semestinya ditemani zikrullah. Maka dengan itu, pasti keimanan akan bertambah!
Oh, rupanya Allah sengaja mencarikan dia asbab untuk mengangkat darjatnya ke tempat yang lebih tinggi. Masya Allah Maha Baiknya Allah! Allah yang mencarikan kita peluang untuk menghapuskan dosa-dosa menggunung kita dengan memberikan kita sakit, dan juga kesedihan. Dan Dia menunggu peluang untuk mengangkat darjat kita bilamana kita bersabar. Dia Maha Pemberi. Allah yang tidak sabar-sabar untuk mengurniakan sesuatu buat kita. Betapa Dia terlalu Maha Mengasihi kita. Itulah Allah, yang setiap saat mencintai kita, y ang setiap saat mengasihi dan mengawasi kita. Yang terlalu inginkan kebaikan buat kita, hambaNYA ini.
Orang berfikrah lebih teruk diuji.
Persoalan yang keempat, orang berfikrah lebih teruk zina hatinya berbanding orang biasa. Bagi diri saya yang terlalu lemah dan teramat hina tida punya apa ini, cukuplah andai kata-kata ini yang sentiasa menjadi ingatan.
‘semakin tinggi thaqofah (kefahaman dalam agama) kita, semakin hebat dan dahsyat ujian Allah dah tersedia di hadapan kita’
Satu kepastian andai masalah hati bagi mereka yang bergelar pejuang Allah itu lebih serius berbanding orang biasa. Sekali lagi, agak-agak kita lah ya, mengapa demikian jadinya? Kerana mereka ini pejuang Islam! Mereka membawa agama Allah. Sudah pasti syaitan menganggap adalah menjadi satu kemenangan besar andai golongan daie sendiri terfitnah. Sudah pasti, untuk mencapai kemenangan sedemikian, syaitan akan berusaha sedaya upaya tanpa mengenal erti putus asa dan menggunakan taktik dan strategi yang begitu licik dan halus. Tak jemu-jemu syaitan merancang dan melakukan perbincangan demi perbincangan dan diskusi ilmiah untuk merancang strategi yang hebat dalam menjahanamkan kita, terlebih-lebih lagi bagi mereka yang terlibat dalam gerakan dakwah.
Apa perlindungan yang kita ada?
Allah. Allah lah perlindungan kita. Cukuplah Allah bagi kita. Allah pasti akan melindungi kita dan menolong kita, andai kita bersungguh-sungguh melawan syaitan, andai kita bersungguh-sungguh cuba melindungi diri kita dari godaan dan gangguan syaitan. Yakin dgn Allah!
“dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”
[Al-A’raf : 200]
Zina hati? Tapisan Allah?
Seperkara lagi, apa yang kita faham dengan zina hati? Zina hati itu bagi saya, kita membayangkan yang bukan -
bukan (sila faham sdiri) dengan si dia yang kita minati. Saya kira, sbg seorang perempuan, kita tidak akan sampai ke tahap ini (saya kira) dan andai betul ada yang sampai ke tahap itu (membayangkan adegan-adegan 18sx dgn si dia yang diminati, Allahuakbar, naudzubillah, sila dan saya mohon tolong baca ini) dan mereka adalah org yang bergelar daie, anggaplah itu adalah salah satu tapisan Allah buat kamu.
Perlu diingat, tapisan Allah itu berlangsung setiap saat. Orang lain tak tahu kita sedang ditapis, kerana orang lain tak tahu masalah hati kita. Tapi kita sendiri sedar kita sedang ditapis Allah. Harus kita sedar, dalam perjuangan membawa Islam, bukan semua orang akan terpilih. Dan dalam segenap yang terpilih itu, Allah akan tetap menapis dan melakukan tapisan demi tapisan hingga akhirnya yang tinggal kelak adalah mereka yang benar-benar ikhlas, sabar dan istiqamah dalam perjuangan.
Haa, ni kan pula, jangan ada yang memandai ingin memandang rendah kepada mereka yang dirasakannya tergelincir dari jalan dakwah, futur dari perjuangan. Sangka baiklah dan yakinlah, mungkin Allah sudah pun menetapkan, mereka itu telah dipilih Allah untuk menyumbang terhadap Islam dengan cara menyumbangkan buah fikiran yang bernas, idea-idea yang mantap. Dan mungkin juga ada yang memang Allah sudah tetapkan, dia hanya akan menyumbangkan wang dalam membantu perjuangan membawa Islam ini.
Tapi, adakah andai satu hari nanti kita tertapis (naudzubillahi min dzaalik), maka kita pun berkata pada diri sendiri,
“oh, Allah dah tapis aku. Sebab aku memang tak layak untuk terus berada dalam jalan dakwah. Takpe, Allah dah tapis aku, biarlah aku mengundur diri. Aku kan tak layak”
Adakah kita akan berfikiran sebegitu? Sangka buruk pada ALlah sebegitu? Jangan! Ketahuilah, tidak sekali Allah tapis kita dengan bermaksud untuk kita terus-menerus menjauh dari jalan dakwah. Tidak! Bukan begitu! Sesekali tidak begitu maksud Allah.
Allah menapis, agar kita lebih bersemangat waja untuk menggenggam semula tali Allah. Agar kita lebih hebat berlari dalam kembali ke jalan dakwah, jalan perjuangan. Bukan dengan tujuan untuk menghinakan kita, bukan dengan maksud untuk merendah-rendahkan diri kita. Allah sekali-kali tidak akan berbuat begitu, kerana Dia telalu mengasihi kita setiap saat. Moga kita semua akan istiqamah dalam jalan juang, aamiin.
Kesimpulan: Sangka baiklah pada Allah dalam menghadapi ujian hidup.
Kesimpulannya, ingatlah, Allah itu menurut persangkaan kita sebagai hambaNYA. Bagaimana yang kita sangkakan pada NYA, maka begitulah Dia Yang Maha Sempurna itu. Sangka baik lah sentiasa denganNYA, letakkan sepenuh keyakinan dan pergantungan kpd NYA. Nescaya tidak akan kau kecewa dan sedih.
Maaf andai terlalu panjang (yeah, again and again). Saya kira, dah terlalu banyak saya coretkan. Buat empunya diri yang bertanya soalan, (tahniah kerana kamu telah menjadi manusia bermanfaat) maaf, andai masih tidak menepati kehendak soalan dan tidak memuaskan hati. Saya dengan segala kerendahan hati memohon maaf andai ada kesilapan dalam menyampaikan apa yang terlintas di fikiran ini (ilham dari Allah semata).
“dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin”
[Adz-Dzariyat : 55]

Tuesday, April 12, 2011

Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000!!!!!!

Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila
mereka dikenakan bayaran RM13,000.

NONEMenurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

NONEBernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.

***Petikan diambil dr http://www.malaysiakini.com/news/161232

Wednesday, April 6, 2011

Pesona Impian bersama Pelajar UUM, Kedah

 
Assalamualaikum...Pagi tu kami dighidangkan dengan sarapan nasi lemak & air teh... Sungguh istimewa layanan yang diberikan....sedap ikan bilis dia...hehe boleh ke suka ikan bilis je... walaupun penat xhilang lg...kami tetap bersemangat untuk berkongsi idea, maklumat dengan adik2 di UUM... 

 Rasa sungguh bertuah dapat berkongsi idea dengan para pelajar UUM, Sintok tentang cara pemakaian tudung, Make-up, matching kan baju yang bersesuaian & yang penting semangat keusahawanan dapat diterapkan dalam jiwa pelajar UUM. . . Talk tentang Usahawan disampaikan oleh Pn. Emy Dahlya dari X10der Muslimah Fashion. . . 

Sungguh tekun adik-adik semua mendengar apa yang diperkatakan oleh penceramah-penceramah jemputan... Tidak sedikit pun mereka berpaling kerana xnak tertinggal satu pun nasihat yang diberikan... ceramah ini di seling dengan pemberian hadiah cabutan bertuah... begitu gembira mereka yg mana no yang mereka dapat sungguh bertuah.... hadiah cabutan bertuah mmg cukup hebat ditaja oleh ALFIO RADO, MS LILY SHOP, X10DER DAHLYA, GARNIER, MAYBELINE & lain-lain. . . semoga adik UUM akan lebih bergaya dan self confidence bila keluar nnt. . . 

Akhirnya setelah selesai semua kami bergambar bersama-sama....






Nota: Jangan menilai orang hanya melalui pandangan. . . 

 




Monday, April 4, 2011

UUM trips 31-March-2011

Thursday 12.30pm ~ Ampang - Shah Alam - Perak - Penang - KEDAH - Perlis - Penang - Perak - Shah Alam - Ampang ~ Saturday 12.30am..... Fuhhh.....1st time....(",)

Fuhh... perjalanan yang sungguh menyeronokkan. X10Der Dahlya, Anizon Collection bersama team Dara.com akan menyerbu UUM...hihihi
Perjalanan yang menyeronokkan apabila kita berkonvoi bersama2 mengharungi selok belok Utara... kami singgah di R&R Bukit Gantang untuk solat Maghrib & Isya' then menjamu selera... selepas itu dicucikan dengan Durian.... Thanks to K.Emy sebab belanja kami makan durian...(^_^)





Wednesday, March 30, 2011

Rentetan kisah ~ HARI INI!!!

Kepada sesiapa yang membaca n3 sebelum ni yang bertajuk HARI INI!!! pasti tahu kisahnya... Rentetan dr n3 tu ak kisahkan disini bahawa ak tidak jd berhenti... bos ku tidak meluluskan perletakan jawatan tu atas alasan tersendiri... diriku masih diperlukan disini. ak pasrah & mengikut shj demi menjalankan tugas... huhu... semangat untuk mencari kerja baru hilang buat sementara... bos ku kata selagi belum hbs study ak tidak boleh berhenti kecuali aku mendapat kerja yang lebih baik atau gomen (government)... hihihi... siap nak naikkan gaji ak tuh... tengok la nanti berapa yang dia nak naikkan gaji ak...huhu...nantikan ye next n3...

Monday, March 14, 2011

~Selamat Berumahtangga Norsiah a.k.a Ain & Amy~

Assalamualaikum...biasa la pembuka segala kerja....

Smlm sempat la ak menghabiskan kelas dengan jayanya...  ingatkan nak cabut kul 11.00 alih2 kelas pun habis awal... so xde la rekod ponteng kelas lg...hihihi. . .  lepas tu ak pg la tunggu my lalink kat wangsa maju...

aku n my lalink menghadiri satu majlis perkahwinan member masa study dulu... meriah sungguh majlis... pengantin pun cun ler... tapi kenapa kebanyakan kawan2 ku semua pilih tema biru... hehe...tp warna tu mmg nice... ak xnak lah warna biru... dh ramai sgt kawan2 tema biru... hehehe....tema pe ye...nnt la difikirkan...:-D jum kita layan pic sepanjang kami ada kat sana...hehehe

 Semoga Berbahagia Dunia & Akhirat Ain & Amy

 Nana & Najib


Nabil & Pasangannya



Tasha bisik pe tuh???

Ima , Liza , Nana


Liza & Nana

Nabil , Aswan , My Lalink

Semoga selamat melayari bahtera rumahtangga...

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup
Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu
Moga kekal hingga ke syurga


Monday, March 7, 2011

HARI INI!!!

السلام عليکم
(seperti biasa pembuka bicara kita sebagai ummat Islam)


Citer hari ni xde la menarik sgt. . . BUT 1 thing. . . hari ni ak telah menghantar surat resign kepada company dimana ak bekerja skrg PSKSB. . . nak dijadikan isu bos ak xsetuju ak kata ak nak berhenti 25hb. . . sepatutnya 1 month notice. . . tp ada ak kisah. . . ak berhenti awal sebab nak buat persediaan untuk ke company baru. . . & Insyaallah. . . 31 March 2011 ak akan berangkat ke UUM Sintok, Kedah. . . kerana mengahdiri bengkel kecantikan bersama Dara.com. . . 



Managing Director kepada PSKSB belum baca ke surat resign ak. . . ak dh email dh, xkan xbaca lg kot. hari ni bermula keje ak untuk menyiapkan segalanya sebelum ak meninggalkan tempat atau nak lebih sedap bla dr ofis ni...hehehe...happy keje sini time ada keje...sgt boring bile xdapat gaji...hehe. . . Semoga company ni akan bayar keseluruhan gaji ak bile tiba masanya. . . 



KINI dah 2 tahun lebih ak berkhidmat untuk company ni...kini tiba masanya untuk mencari persekitaran yang baru, dimana ada kawan2 baru, kerja baru, tugas baru yang lebih adventure. Menunggu untuk dapat peluang dalam kerajaan xtau bile la lg.. Insyaallah...1 hari nanti peluang itu akan tiba...  mudah2an...Amin... Tapi buat masa skrg ak akan bekerja dengan Puan Emy (Pemilik X10der Dahlya). . . sebagai PA & secara x langsung ak boleh la menumpukan sepenuh perhatian ak kepada bisness yang sedang ak jalankan sebelum mendapat kerja yang lebih baik. Insyaallah. . . Allah telah menjanjikan rezeki seseorang itu. . . jika rezeki ak disini maka tetapkan lah ak disini, jika tidak temukan lah ak dengan yang sebenarnya. 9/10 daripada rezeki datang nye dari perniagaan.  

  

Aku adalah aku. dan selamanya akan tetap aku. . . juga punya perasaan. . . semoga company akan lebih maju & berdiri diatas kaki sendiri. . . selamat tinggal semua kenangan yang sedih, suka, suka, duka. . . semoga ak lebih tabah. . . (",) (',') (,")



Monday, February 28, 2011

Gathering Kelab KN 27022011

Gathering Kelab KN telah berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa pada 27 Februari 2011 (Ahad) Penulis jemputan: Hanni Ramsul, Adilla Tasha, Ilya Abdullah, Serta pelancaran novel Seandainya...- Rys Areesa dan Pelukan Cinta - Amisha Dania. 

Terima kasih kepada semua ahli kelab yang hadir. Insyaallah, gathering akan datang akan di adakan. Bila? kita tunggu apa kata Cik Azie kita selaku Pengerusi Kelab KN.
Semalam juga telah diadakan sesi perlantikan AJK Kelab KN yang terdiri daripada:

Pengerusi : Cik Azie (KN)
Naib Pengerusi : Nuralyani (Ahli Kelab)
Bendahari : (KN)
Setiausaha : Lela (Ahli Kelab)
AJK : Norsuzzana (Ahli Kelab)
          Kak Yan (Ahli Kelab)
          Tie Tinie (Ahli Kelab)

Semoga dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya... harap kita semua dapat berganding bahu bersama-sama mengadakan aktiviti untuk ahli kelab KN dimasa akan datang...Insyaallah...

Antara Ahli Kelab KN yang hadir:


 Barisan orang kuat KN
 AJK yang dilantik
 Barisan Ahli Kelab yang hadir
 Ahli Kelab yang sporting
 Happening
Bersama Penulis - Rys Areesa & Adilla Tasha
 Bersama Penulis - Hanni Ramsul & Amisha Dania

Bersama Penulis - Ilya Abdullah

Gathering semalam tamat pada pukul 5ptg dengan jayanya...terima kasih kepada semua yang hadir... setiap ahli yang hadir menerima cenderahati dr KN berupa KeyChain Butterfly & yang paling best setiap ahli menerima 2 Buah novel terbaru daripada KN secara percuma...yahooo.....