Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila
mereka dikenakan bayaran RM13,000.
Menurut
seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau
membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan
baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan
sayur-sayuran kampung.
"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.
"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.
Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.
Bernama
difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara
RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga
RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.
Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.
Ikan
patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan
putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta
banyak lemak.
Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan
Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh
supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan
bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.
Mereka yang
tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000
atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.
***Petikan diambil dr http://www.malaysiakini.com/news/161232
Tuesday, April 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment