Wednesday, February 3, 2010

Erti Disebalik Kesetiaan

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjawab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggungjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagiakan pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…Buat la pilihan yang Bijak....

3-2-2010

Rindu ku ingin menulis kembali....sudah agak lama aku tidak meluahkan apa yang terbuku dihati ini....hanya Dia sahaja yang tahu.....saat ak merindui Dia....wudhu la yang paling aman untuk ak tenang kan hati yang sedang x keruan....Semoga Allah merahmati hidup ku dan dia.....Aminnnn

Monday, January 18, 2010

Doa Penggerak...


Assalamualaikum.....Pagi ni sy ade menerima satu doa dari AGM sy. Doa ini adalah doa penggerak yang patut kita amalkan dalam kehidupan seharian kita dan sangat wajar diamalkan di zaman ini....Marilah kita sama2 mengamalkan ayat di bawah...semoga success di dunia dan akhirat...amin...insyaallah....

Hanya satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s..a.w. seperti berikut;





Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;




Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi

2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal

3. Berbahaya

4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.

2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.

3. Selamat dari bahaya.

4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini;

Terhindar Daripada Bahaya


Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir


Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini dapat memberi manfaat kepada kita yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah

Saturday, January 9, 2010

Tart Telur

Hari ni ak buat tart telur... kawan kat ofis nak makan sangat...bile buat teringat pulak kat seseorang yang jauh di mata tapi sentiasa dekat dihati aku....kasih mu tetap mekar dihatiku.....hehehe...(selingan )... ....coz dia suka sangat tart telur nih....demi tunai kan janji ku pada member ofis ak pun buat la...tu pun dah selang seminggu dr tarikh yang dijanjikan....huhuhu...maaf ye kak kiah....ak start uat tart kul 5.45ptg...seusai je balik dr ofis ak terus buat....safiyaa pun de lg....sibuk dia...sama naik ngn ak yang nak menguli....dia pun sibuk la nak bekas la...tepung la....mcm2....tp xsempat dia kacau ak...mama dia pun balik...so, xdapet la dia kacau ak...coz safiyaa ni klu mama dia balik, dia xkan hiraukan ak lg...tau nya mau balik aje...aman la dunia ak dalam pembikinan tart telur ni...hehehehe....nak tengok hasil nye?jeng-jeng.....hasil nye xla secantik tart telur kat kedai..tp kalau makan...fuhhhhh..kalah yang kat kedai....hehehe


Thursday, January 7, 2010

Bila Tanpa Mu

sepi yang beralun bagai irama
mengiringi kerinduanku bagai senikata
kubercanda sendirian dengan kerlipan bintang
berbisik sayu di angin lalu
terusiklah hatiku saat berjauhan darimu…

sinar purnama yang melimpah indah
tidak seindah budiku…
harumnya bunga yang sedang mekar
tidak seharum dan semekar kasihmu…
mahalnya sebutir permata yang berkilau
tidak semahal pengorbananmu
segalanya begitu berharga
kerana kau membuat diriku merasa dihargai…

bila tanpamu… semakin kusedari
kaulah yang istimewa untukku
kerana kau membuatku merasa istimewa…

Friday, January 1, 2010

1-1-2010

Just to share, 1-1-2010 Selamat menyambut tahun baru 2010 & selamat hari lahir buat kekasih hati yang tercinta....buka cerita baru dengan Lembaran baru. Kami p jalan2 kat Tasik Permaisuri.... sebelum kami p makan KFC kat Cheras....lepas tu baru g jalan2 kat Tasik Permaisuri...  dengan safiya, mama, adik n kak aishah.... ada kuda....wants to share my picture.....

Wednesday, December 30, 2009

Genap Setahun - 31-12-2009

Hari ni genap setahun aku kerja kat company Pembinaan Suci Kesturi Sdn Bhd... Mcm2 yang ak rasa... Ingat lagi mula2 aku start keje kat sini masa tu aku baru saja hbs praktikal dekat Damansara... ak mula melilau mencari kerja... resume ku hantar kemana sahaja... asalkan org terima ak kerja... last2 ak penat balik dr anta resume, ak lepak kat umah makcik ak... nak dijadikan cerita masa ak ngah lepak2 kat situ.. makcik ak tanya pasal keje...ak pun ckp belum dapat lg... tgh mencari2... (huhuhu) masa tu sepupu ak de kat umah(k.ina) dia pun ckp la yang k.ros (sepupu ak gak) nak berhenti keje... so ak pun ckp la ngn dia yang ak nak keje kat situ... Bos dia (merangkap bos ak sekarang) pun panggil la temuduga. ak di temuduga ala kadar... nasib ak baik hari tu... aku di terima keje kat situ... dengan gaji permulaan RM900.00. Ak bersyukur sgt masa tu disaat ramai yang dibuang keje... aku pulak dpt keje... Alhamdulillah...

Cerita sebelum dpt keje, lepas praktikal ak pergi johor, then melaka. ak jalan sepuasnye... Tapi ak telah berjanji kalau masuk tahun baru 2009 ak masih xdapat keje ak nekad utk keje kat pasaraya je... huhu... mungkin dh rezeki ak dapat keje kat situ... balik dari melaka pada 25-12-2008 lepas 5 hari ak dapat keje kat PSK SNBD. Lepas 2 bulan gaji aku dinaikkan 35% dari gaji asal... dan sekarang ak masih lagi bekerja disini.... selagi ak tidak dapat pekerjaan lain ak masih tetap disini...

Setelah berpenat lelah selama ini ak bersyukur dapat keje, dekat dengan rumah, xperlu menghadapi kesesakan jalan raya seperti org lain... 5 minit je dr rumahku... sekarang ni ak dapat keje aku dapat sambung blaja ak dapat kebahagiaan ak dan ak dapat segalanya...Alhamdulillah

Sunday, December 27, 2009

26 Disember 2009 (Perkahwinan Zaky & Zaza)



Semalam cuti umum....Sempena Krimas...ku teman mama pegi kenduri Kat Jalan Duta...Kawan masa sekolah dulu kahwin....setaman dgn ku....


Tiap-tiap minggu de jemputan kahwin....hari ni ak g kenduri zaky n zaza kat Damansara....naik bas n LRT ke stesen Universiti...abg jemput kat sana....kami naik satu kereta...Dahlia ngn Mak dia pun de skali...syaq, dayah n ana follow blakang....


smpi sana jumpa lak ngn amal n hanif, una n azza...kami makan dulu sebelum pengantin tiba....


serba biru kenduri zaky.....gembira hati seorang ibu bil terima 2 skali menantu perempuan....hehehe....


lepas makan pe lagi...borak2 la...dok skejap...rombongan pengantin tiba...tiba masa untuk bergamba...


riuh suasana dlm umah zaky..nak2 kat kawasan pelamin zaky...biasa la...itu la perangai kami geng2 DBM.....hehehe.......

berpisah lagi...setiap pertemuan pasti ada perpisahan....tetapi setiap perpisahan tidak bermakna akan berpisah selamanya....insyaallah....kita pasti bertemu lagi...pasti....

Saturday, December 19, 2009

Singgah Petang....

Jalan-jalan kat Putrajaya bersama kawan-kawan Ex-KUIS.....


Sudah lama x ketemu kawan yang sama belajar dulu....lepas kenduri umah tasha kami semua uat keputusan pergi Alamanda, Putrajaya...asal nye nak tgk wayang.

Tetapi oleh kerana sesetengah nye xnak tengok wayang...jd kami amik keputusan untuk ronda-ronda kat Taman Putra Perdana... Masing2 membawa bekal...(bukan bekal dr rumah, tapi bekal yang di beli di Alamanda). ade yang beli KFC, McD, Papa Roti...




Lepak2 kat Putrajaya...makan2....amik gamba....gelak sakan diorg...suka tengok diorg...lama xjumpa jd byk cerita yang dikongsikan....mungkin kurang berbicara....tp ok la.....sekurang2 nye kenangan  lama terimbas kembali....di sini sy kongsi gamba kenangan yang kami ambil kat Putrajaya....

lepas lepak2 kat putrajaya, dlm kul 6.00ptg ak amik keputusan nak pulang...Geng2 yang tinggal kat umah siah meneruskan perjalanan mereka ke Cyberjaya..... berpisah la kami setakat ini....



Jumpa lagi semua....minggu depan nak g kenduri zaky & faizah plak....jumpa kat Damansara ye kawan2.....papai.....

Wedding Natasha & Hashim (19-January-2009)

Hai kawan......lama sungguh ak x update blog ni kan...


Hari ni ak menghadiri jemputan perkahwinan kawan ak di Taman Desa Baiduri. Sungguh indah pelamin nye...


tasha hari mcm seorang ratu yang turun dari kayangan...sungguh cantik...dengan cuaca yang sungguh indah ketika kami sampai....nak dijadikan cerita, tgh kami makan2 tiba2 hujan turun dengan lebatnye....kami relaks je la coz dok bwh khemah...lepas makan ak borak ngn syaq...ak tengok makcik kat situ n caterer tengah sibuk mengalihkan tempah hidang makanan...sungguh kalut...mana tidak kalut nye...air dah menitik2 dr atas bumbung khemah....nasib la kitorang ni dh makan....klu x, xtau la..hehehehe....

ak, syaq, ajib,nabil n aswan sambung borak....ye la dh lama xjumpa...masing2 punya cerita tersendiri.....punya la sedap berborak sehingga kami xsedar pun yang kat bawah meja yang kami duduk tu dh dipenuhi air....banjir la senang cite nye...pe lagi gelak la kami kat situ....hahhahaha...nasib baik la ak ngn syaq ni pakai selipar de tumit walaupun x tinggi sgt tapi cukup menampung hujung kain dr basah dek kerana air yang melimpah kat bawah meja....lepas tu kami uat keputusan untuk naik ke rumah tasya....lepak2 ngn tasya...siap amik gamba...tasya nie still mcm dulu ye walaupun dh jadi isteri org...hehehehe....

tengah2 bergamba dtg la plak "liza n the genk"... bertambah la keriuhan nye dek suara depa semua....azhani yang tunggu due nak bersalin pun de jugak...kuat sungguh semangat dia nak menghadiri wedding tasha....hehehe....tiada apa untuk tasya just hadiah yang seberapa dr su n ajib....shhhhhh......




***dihari yang sama kenduri Aqma & Quazir....(Semoga Berbahagia & sori xdpt dtg wedding Ma n Que)


Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum….
Dalam kerendahan diri,
Ada ketinggian budi.

Dalam kemiskinan harta,
Ada kekayaan jiwa.

Dalam kelembutan,
Ada ketelanjuran kata.

Dalam gurau & senda,
Tentu ada kesilapan & dosa.

Dalam keriuhan bicara,
Ada terkasar bahasa.

Hidup ini indah jika
ada maaf sesama kita.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin



**Kepada kawan-kawan, sy mintak maaf kerana tahun ini tiada kad raya seperti tahun-tahun lepas. Ini kerana masa membataskan segalanya. Diharap kawan-kawan tidak berkecil hati…

Saturday, August 22, 2009

Marhaban Yaa Ramadhan

Mata kadang salah melihat….
Mulut kadang salah berucap….
Hati kadang salah menduga…..
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada….

 

MARHABAN YAA RAMADHAN
Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do’a kita di ijabah,


Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan


Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf lahir dan bathin….


Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,

Marhaban Ya Ramadhan

Allaahumma baariklanaa fi Sya’ban wa ballighnaa Ramadhan
Aminn.

  
Seribu senyuman
belum tentu
menawan hati
satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa
bencimembina mengambil masameruntuh sekelip masa
  
Selamat Menyambut
Ramadhan
. Maaf Zahir dan Batin
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina
 
Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perjalanan hidup kita selama ini.
Sekian, terima kasih,wassalam
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.

Wednesday, August 12, 2009

Hepi Besday

assalamualaikum….

Thank to all my frenz for ucapan… Ri nie umurku genap 25 Tahun…byk perkara suka duka yang berlaku dlm 25 tahun nie…semoga hari2 mendatang membawa sinar kebahagiaan buat ku…Insyaallah....

Tiada hadiah istimewa, selain ucapan yang ku terima dr kwn2…itu sudah cukup penting kerana itu menandakan yang kita saling ingat-mengingati…ucapan dari Si Dia menandakan aku masih dihatinya….walau ia awal sehari….tidak menapa mungkin terlalu excited takut terlepas tarikh….thanks abg….ucapan mu begitu berharga & cukup buat diriku tahu ak sentiasa dihatimu….:-) tiada lain yang berharga selain dirimu....akan ku abadikan kasih kita hingga ke akhirnya.....Semoga hubungan kita kekal selamanya......Insyaallah...Aminn...

Tiada kata lain  yang dapat kucoretkan untuk hari ini…cuma setakat nie je lah…jumpa lain kali….papai….

Tuesday, August 11, 2009

Majlis Penganugerahan Insep (Hadiah Hari Lahirku) . . .

Semalam aku ke UTHM, Bt Pahat…tumpang kete epul....berat je keputusan nak pergi...semua last minit uat keputusan....aus la yang bersungguh suruh pegi..pelik sgt...tp xpe la...last , dlm pukul 1.00ptg ak bgtau epul nak tumpang dia...lgpun dia sorang2 gak...sian lak kat dia...pegi sana pun sebab de majlis penganugerahan Diploma Eksekutif… Alhamdulillah…Majlis tuh berjalan lancar…

Sampi je batu pahat ak n epul terus uthm jumpa aus n joe....g makan kat kedai pe ak xingat..yang pasti tempat lepak yang slalu kitorg lepak dulu....lepas g dewan uthm...aus de keje sikit...malam tuh ak tumpang tido umah aus...esok nye...pagi2 lagi ak n aus bersiap untuk ke UTHM...Majlis bermula pada kul 8.00pg...

Bermula cerita nye, apa yang tidak disangka2 berlaku di dalam dewan…semua ni berlaku di luar jangkaan aku...setelah selesai penganugerahan Diploma bagi setiap kursus, tiba lah masa nya penganugerahan Pelajar terbaik setiap kursus...dengan xdisangka2 nye....miza salah seorang staff CEC memanggil ak....aus pulak mengucapkan Tahniah pada..pelik...rak keliru masa tuh...adakah patut ak yang dipanggil nye.....rupanya2 nye Aku pelajar yang dianugerahkan Pelajar Terbaik bagi kursus Instruktor bagi latihan industri…patut la aus beria2 nak kan ak hadir masa majlis tuh.....berdasarkan kriteria yang bagaimana ak pun xtau....itu semua bahagian Senat yang tentukan...


aku bersyukur sangat ke Hadrat Illahi…usaha aku selama ini membuahkan hasil…dalam gembira de juga perasaan terkilan tatkala aku menerima anugerah, parents aku tiada disisiku…mereka xdpt hadir kerana de perkara yang tidak dapat dielakkan…xpe, ak tidak berkecil hati…insyaallah, aku akan pastikan yang aku mengulangi pencapaian ini untuk degree yang aku amik sekarang…Thanks Mama & Abah kerana kalian k.long berjaya…Kerana kalian juga kak long berada di mana kak long berada skrg...dan atas keizinan kalian kak long sampai ke johor walaupun berat hati kalian untuk melepaskan kak long dlm keadaan sepertimana kak long mula ke johor.....(patah kaki, dengan bertongkat, masih memerlukan rawatan susulan...dan dengan di kaki masih ada besi....) masa mula berangkat ke johor kak long baru 2 minggu menjalani pembedahan pemindahan tulang....tetapi kalian lepaskan juga kak long pergi demi untuk menuntut ilmu....

Dan ini lah hadiah paling bermakna bagi aku di hari lahirku yang ke-25…bukan kerana angka nye...tapi kerana (...........). hadiah yang aku akan ingat sampai bile2…walaupun besday aku 12 Ogos…(keesokannye)...hehehehe


To all my friend mase INSEP, su ucapkan terima kasih byk2…kerana kalian byk membantu su mase program INSEP berlangsung…disaat su memerlukan, kalian hadir menghulurkan tangan…mungkin su byk menyusahkan kwn2 mase program INSEP berjalan…maklum lah, dengan bertongkat…(kisah gadis bertongkat ke hulu ke hilir) byk aktiviti yang su xdapat laksanakan sendiri, kalian yang bantu…. Wawa, Sarah, Nuyu, Wani, Huda, Aus, Joe u all mmg byk membantu su..Thanks a Lot… Juga kpd kwn2 yang lain…(maaf andai nama kalian tidak disebut…kalau boleh su nak senaraikan semua nama kawan2....tp terlalu ramai) tapi u all tetap dalam ingatan…Thanks to u all gak…


P/s: TAHNIAH juga kpd Jauhar (Joe) kerana mendapat anugerah pelajar terbaik kursus pembuatan….

Friday, July 10, 2009

Rindu!!!!!

Awak mengetahui yang awak merindui seseorang apabila jantung awak berdegup pantas ketika teringatkan dia. Walaupun sekadar ‘hai? daripada dia pun sudah mencukupi sebagai penenang. Awak mungkin menaruh hati padanya, cuma awak tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.


Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu ’sweet? saya mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi dia.

Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih…terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.

Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.

Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.

Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi ia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun darihari ke sehari manusia sentiasa berubah.

Monday, June 15, 2009

Cite pasal g Skudai....

Assalamualaikum....
Sori byk hari x update blog, ari jumaat sy amik cuti untuk settle kan urusan ngan BANK & LHDN. Semua dokumen dah siap... Jumaat malam tu jgk kami satu family bertolak ke Skudai, Johor. Perjalanan yang sungguh memenatkan...coz, kul 12.30am gerak dr KL, singgah kat perhentian, tdo lam kete je....sepanjang perjalanan ku xdpt tdo....Nak tau kami pegi Skudai uat pe?????
Sebenarnye ku de pendaftaran pelajar baru Program Separuh Masa....Pe lg yang nak di buat, sambung study la....Dapat sambung kat UTM....Blaja kat UTM Semarak....
Cite2 pasal study nih, study punya lah lama...smpi 7 tahun, klu ku x uat pengecualian kredit xtau la nak kata pa...... Skunk nih ku tgh bertungkus lumus uat permohonan pengecualian kredit....nak course outline la plak....susah2....nasib ku baik coz de lg smpn course outline mase blaja ri tu....tp de jgk la yg xde...mana nak cari ye...PK2....
Kuliah start 11 July...pasni ku kna sesuai kan diri ngn life baru la....keje ngn study....de ke mase utk ku Outing with family n frens....nmpk nye kna susun lek lok nih jadual...huhuhuhu......kna susun strategi baik punya.....hahaha......
Setakat nih la dulu...nnt ku cite lg ye....wassalam....

Wednesday, May 27, 2009

Trip ke Langkawi

25 May 2009; kami pulang dr Langkawi. Setibanye di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah perasaan yang kurasa selama berada di Langkawi bagaikan indah sehinggakan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Terasa rindu kpd teman belum terubat…belum puas kami bersama dah nak berpisah… berpisah bukan bermaksud berpisah selamanye… Tetapi berpisah demi meneruskan & menjalankan tanggungjawab masing-masing yang selama 3hari ditinggalkan bagi memberi ruang untuk mengulangi memori indah yang selama ini terpahat ketika berada di Kolej sewaktu dulu….Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)…..
Kenangan bersama kalian tidak pernah terpadam dari ingatan walau sekelumit…..
Gambar ni diambil semasa makan malam di RRestauran Titi Papan, Langkawi… dari kiri Azza, Sue, Una, Liza (Wok), Husna & Ajib~Mydearestlove (Duduk)
Tiada dalam Gambar Yus, Myra, N Mom Liza….
Ni lah bilik penginapan kami D’Langkawi….AB Motel, Pantai Cenang.

Sebelum naik Cable car…
Inilah barisan teman-teman yang menjayakan misi Reunion D’Langkawi sesi mei 09…. Good Luck to all my Friends….

Di Puncak….

Dataran Helang….
Sudah seminggu masa berlalu, kini baru ku dapat coretkan pengalamanku buat teman2 tentang aktivity ku D’Langkawi…. huhuhu…mencoret sesuatu ni tidak pernah kenal erti penat jika ia berkaitan dengan diri kita, pengalaman & kenangan…. tetapi mase selalu mencemburui, kita yang perlu mengejar masa untuk sempurnakan segala hal……Hope ku dapat melaksanakan segala hal walau untuk seminit….
Kepada kawan-kawanku,
Hargai lah masa yang datang sebelum ia pergi meninggalkan kita…… Demi Masa sesungguhnya Manusia itu dalam kerugian, jika ia tidak pandai menghargai masa yang hadir & berlalu pergi…. ‘Masa Itu Emas’ (Fikirlah maksud di sebalik nye mengikut kefahaman sendiri)
Nana

Sunday, May 17, 2009

Kau Lah Pendidik Nusa Bangsa

Mulanya,

Sukar bagi dirinya untuk memahami,

Dirimu lah mencorakannya….

Kini,

Dirinya sudah mampu mengerti,

Saat mereka perlukan teman untuk berbicara,

Saat mereka perlukan bimbingan,

Disitulah dirimu menanti,

Menghulurkan tangan untuk disambut….

Wahai Guru,

Waktu dirimu melemparkan senyuman,

Mahupun saat dirimu menelan kepahitan,

Semua itu kau beri & terima dengan seikhlas hatimu,

Demi mereka anak didikmu….

Wahai Pendidik,

Renung lah jauh masa depan anak didikmu,

Jangan sesekali kau membelakangi mereka

Yang dahagakan ilmu ,

Yang memerlukan bimbingan,

Yang mendambarkan kasih & sayang darimu….

Padamu duhai guru,

Lihatlah wajah-wajah anak didikmu,

Adakalanya mereka terlena,

Adakalanya mereka sering menguji,

Adakalanya mereka hadir menghiburkan hati,

Namun bagimu mereka semua sama,

Tiada taraf diantara mereka,

Tiada perbezaan kasih & sayangmu diantara mereka…..

Wahai Guru,

Ajarkan mereka ilmu,

Curahkan mereka dengan keazaman,

Dan lengkapkan diri mereka dengan islam di dada…

Untukmu guru,

Jasamu akan ku kenang selamanya…..

Kaulah Penunjuk jalan Kejayaan ku…..

Kau abadi di hati ku buat selamanya…..


Khas untuk semua guru, lecture, n sesiapa sahaja yang pernah menjadi guru kepada ku...

Hasil Nukilan,

Norsuzzana Shakri