Semalam aku ke UTHM, Bt Pahat…tumpang kete epul....berat je keputusan nak pergi...semua last minit uat keputusan....aus la yang bersungguh suruh pegi..pelik sgt...tp xpe la...last , dlm pukul 1.00ptg ak bgtau epul nak tumpang dia...lgpun dia sorang2 gak...sian lak kat dia...pegi sana pun sebab de majlis penganugerahan Diploma Eksekutif… Alhamdulillah…Majlis tuh berjalan lancar…
Sampi je batu pahat ak n epul terus uthm jumpa aus n joe....g makan kat kedai pe ak xingat..yang pasti tempat lepak yang slalu kitorg lepak dulu....lepas g dewan uthm...aus de keje sikit...malam tuh ak tumpang tido umah aus...esok nye...pagi2 lagi ak n aus bersiap untuk ke UTHM...Majlis bermula pada kul 8.00pg...
Bermula cerita nye, apa yang tidak disangka2 berlaku di dalam dewan…semua ni berlaku di luar jangkaan aku...setelah selesai penganugerahan Diploma bagi setiap kursus, tiba lah masa nya penganugerahan Pelajar terbaik setiap kursus...dengan xdisangka2 nye....miza salah seorang staff CEC memanggil ak....aus pulak mengucapkan Tahniah pada..pelik...rak keliru masa tuh...adakah patut ak yang dipanggil nye.....rupanya2 nye Aku pelajar yang dianugerahkan Pelajar Terbaik bagi kursus Instruktor bagi latihan industri…patut la aus beria2 nak kan ak hadir masa majlis tuh.....berdasarkan kriteria yang bagaimana ak pun xtau....itu semua bahagian Senat yang tentukan...
aku bersyukur sangat ke Hadrat Illahi…usaha aku selama ini membuahkan hasil…dalam gembira de juga perasaan terkilan tatkala aku menerima anugerah, parents aku tiada disisiku…mereka xdpt hadir kerana de perkara yang tidak dapat dielakkan…xpe, ak tidak berkecil hati…insyaallah, aku akan pastikan yang aku mengulangi pencapaian ini untuk degree yang aku amik sekarang…Thanks Mama & Abah kerana kalian k.long berjaya…Kerana kalian juga kak long berada di mana kak long berada skrg...dan atas keizinan kalian kak long sampai ke johor walaupun berat hati kalian untuk melepaskan kak long dlm keadaan sepertimana kak long mula ke johor.....(patah kaki, dengan bertongkat, masih memerlukan rawatan susulan...dan dengan di kaki masih ada besi....) masa mula berangkat ke johor kak long baru 2 minggu menjalani pembedahan pemindahan tulang....tetapi kalian lepaskan juga kak long pergi demi untuk menuntut ilmu....
Dan ini lah hadiah paling bermakna bagi aku di hari lahirku yang ke-25…bukan kerana angka nye...tapi kerana (...........). hadiah yang aku akan ingat sampai bile2…walaupun besday aku 12 Ogos…(keesokannye)...hehehehe
To all my friend mase INSEP, su ucapkan terima kasih byk2…kerana kalian byk membantu su mase program INSEP berlangsung…disaat su memerlukan, kalian hadir menghulurkan tangan…mungkin su byk menyusahkan kwn2 mase program INSEP berjalan…maklum lah, dengan bertongkat…(kisah gadis bertongkat ke hulu ke hilir) byk aktiviti yang su xdapat laksanakan sendiri, kalian yang bantu…. Wawa, Sarah, Nuyu, Wani, Huda, Aus, Joe u all mmg byk membantu su..Thanks a Lot… Juga kpd kwn2 yang lain…(maaf andai nama kalian tidak disebut…kalau boleh su nak senaraikan semua nama kawan2....tp terlalu ramai) tapi u all tetap dalam ingatan…Thanks to u all gak…
P/s: TAHNIAH juga kpd Jauhar (Joe) kerana mendapat anugerah pelajar terbaik kursus pembuatan….
No comments:
Post a Comment