Mulanya,
Sukar bagi dirinya untuk memahami,
Dirimu lah mencorakannya….
Kini,
Dirinya sudah mampu mengerti,
Saat mereka perlukan teman untuk berbicara,
Saat mereka perlukan bimbingan,
Disitulah dirimu menanti,
Menghulurkan tangan untuk disambut….
Wahai Guru,
Waktu dirimu melemparkan senyuman,
Mahupun saat dirimu menelan kepahitan,
Semua itu kau beri & terima dengan seikhlas hatimu,
Demi mereka anak didikmu….
Wahai Pendidik,
Renung lah jauh masa depan anak didikmu,
Jangan sesekali kau membelakangi mereka
Yang dahagakan ilmu ,
Yang memerlukan bimbingan,
Yang mendambarkan kasih & sayang darimu….
Padamu duhai guru,
Lihatlah wajah-wajah anak didikmu,
Adakalanya mereka terlena,
Adakalanya mereka sering menguji,
Adakalanya mereka hadir menghiburkan hati,
Namun bagimu mereka semua sama,
Tiada taraf diantara mereka,
Tiada perbezaan kasih & sayangmu diantara mereka…..
Wahai Guru,
Ajarkan mereka ilmu,
Curahkan mereka dengan keazaman,
Dan lengkapkan diri mereka dengan islam di dada…
Untukmu guru,
Jasamu akan ku kenang selamanya…..
Kaulah Penunjuk jalan Kejayaan ku…..
Kau abadi di hati ku buat selamanya…..
Khas untuk semua guru, lecture, n sesiapa sahaja yang pernah menjadi guru kepada ku...
Hasil Nukilan,
Norsuzzana Shakri
No comments:
Post a Comment