sumber: http://sarah-al-haura.blogspot.com/
Baru-baru
ini, sahabat kesayangan meminta pendapat saya berkenaan persoalan dari
seseorang. Mari kita lihat kepada persoalan yang diutarakn, 'better
bergaul selamba dgn laki (mcm kwn2 kte yang biasa bergaul) drpd asyik
mjaga hati sehingga timbulY pyakit ht spt terminat dgn
kesolehan/kebaikan seorg min itu? kdg2 org yang berfikrah lebih teruk
zina hatiY dari yang x berfikrah”
Maka, dengan itu, izinkan saya bertanyakan satu persoalan:
1) 1) perlukah bergaul dengan lelaki-lelaki (kawan-kawan) andai tiada kepentingan disitu?
Perlukah?
Perlu
difahami kepentingan itu maksudnya yang bagaimana. Kalau sekadar
bersembang kosong di laman FB, saling alert dengan notification,
ketawa-ketawa dan bergurau senda, maka saya tak rasa ada kepentingan
disitu. Samalah juga halnya jika duduk lepak di kafe, bersembang-sembang
dengan kawan-kawan lelaki dan perempuan tanpa ada hala tujunya. Disitu
kita ada pilihan, sama ada untuk pergi atau terus-menerus duduk berbual
kosong sebegitu.
Jika
ada yang kata ‘ingin berdakwah dengan mereka’ (yang bukan sejantina ya
maksud saya) sila lupakan niat kamu yang sebegitu. Saya lebih galakkan
agar kamu berdoa, moga Allah menggerakkan hati sesiapa sahaja yang sejantina dengannya untuk membimbingnya. Yakinlah, doa kamu tidak akan sia-sia. Allah pasti akan kabulkan permintaan dari hati orang yang tulus berdoa untuk kebaikan orang lain. Itu pun andai orang yang didoakan itu memang benar-benar kuat kesungguhan hatinya untuk mengislahkan dirinya. Percayalah, orang-orang yang baik, pasti akan Allah temukan mereka dengan kawan-kawan yang baik dan soleh juga.
Jangan tertipu.
Aduh,
ini agak parah. Buat kamu si muslimah solehah yang kuat berdakwah dan
tajam fikrahnya, sila jangan tertipu dengan orang lelaki yang mengaku
kawan kamu, dan menginginkan kamu untuk mendidiknya. Dalam ayat yang
lebih senang, mahukan kamu utk terus-menerus berdakwah dengannya. Nah
tengok, permulaannya adalah mengaku 'kawan'..... Permulaannya adalah ’aku kawan dia, aku nak berdakwah dengan dia, dia pun cuma boleh masuk and terima nasihat aku sorang je’ Ceh, tipu! Dusta semata. Yang sebenarnya dah nampak sangat si lelaki memang ada hati dengan his so-called friend itu. Dan percayalah, syaitan yang sgt licik dan halus tipu dayanya itu akan mengambil peluang dengan mencampakkan pelbagai jenis perasaan dalam hati kalian berdua. Elok-elok niat nak berdakwah terus jadi lain ceritanya.
Hati kita bagaimana?
2) " bila kita tlalu asyik menjaga hati, takut timbul mslh hati spt terminat dgn kesolehan min?" Begitu?
Kita memang dituntut untuk menjaga kesucian hati. ‘Lagi-lagi
jaga hati. Lagi-lagi jaga hati! Aku kalau jumpa budak-budak geng-geng
malaikat nih, mesti diorang pesan suruh jaga hati. Sana sini jaga hati
je! Ya, mungkin ada yang sampai naik rimas jika dipesan begitu. Apa sibuk sangat nak jaga hati ni?!’
Kerana
apa? Kerana hati lah tempat pertama yang akan dilihat dan dinilai
Allah. Jika kita terlalu asyik dengan penjagaan hati, bukankah itu tanda
sensitiviti kita terhadap kebersihan hati kita. Dan itu juga semestinya
satu jihad buat kita. Bayangkan orang yang terlalu menjaga hatinya
(andaikan dia adalah muslimah), jika ternampak lelaki yang handsome, agak2 kita, apa yang akan terjadi?
"masya
Allah hensemnya dia subhanallah! Eh apa aku ni! Astaghfirullah ampunkan
aku ya Allah, bantulah aku dalam menjaga hatiku agar kekal hatiku
bersih ya Allah"
Lihat.
Kerana terlalu peka dalam menjaga hatinya, dia cepat-cepat memohon
ampuanNYA dengan istighfar. Dia mahu hatinya kekal bersih . Kita yakin
dia tidak lah sampai ke tahap membayangkan yang bukan-bukan terhadap
lelaki itu (boleh je kalau dia nak tapi, perempuan, lebih-lebih lagi
muslimat yang ditarbiyyah tidak akan begitu). Tetapi sebaliknya, apa
tindakannya? Cepat-cepat dia bersegera dalam menundukkan pandangan dan
menutup segala macam lubang-lubang maksiat yang lain. Tiada ruang
langsung dibuka untuk membiarkan perasaan nya (nafsunya) dibuai-dibuai
dengan rasa terpesona melihat kesempurnaan wajah sang adam. Saya
ulangi, bukankah itu satu jihad? Jihad melawan nafsu (perasaan) itulah
jihad yang paling besar. Nafsu dalam diri kita bersamaan dengan 70 ekor
syaitan. Itu lah namanya menjaga hati. Mujahadah. Dan mujahadah itu
memang bukan senang. Kalau senang, tidak akan sesekali ia dinamakan mujahadah.
Allah
Maha Tahu betapa peritnya mujahadah itu sebenrnya. Agak-agak kita kan,
bagaimana agaknya Allah bisa tahu? Pastilah kerana DIA yang menciptakan
kita. Maka seharusnya memang menjadi satu kemestian untuk DIA Yang Maha
Berkuasa itu tahu betapa susah bagi kita untuk melawan nafsu dan
mengawal fitrah kita. Maka kerana itu jihad melawan nafsu itulah jihad
yang paling terbesar. Betapa Allah menyediakan ganjaran yang besar utk
itu.
Hati kita, siapa yang pegang?
Yang ketiga, persoalan terminat
pada muslimin. Kita sedia tahu bukan, segala apa yang kita rasa ini,
hadirnya dari siapa. Kita sedia maklum bukan, segala perasaan kita
terhadap seseuatu dan terhadap seseorang, didatangkan oleh siapa.
Ya,
Allah yang hadirkan perasan itu. Dia yang Maha Membolak-balikkan hati
itu tidak menghadirkan perasaan itu dengan suka-suka dan sia-sia. Dan
Allah juga menghadirkan perasaan sedemikian bukanlah dengan tujuan
supaya nanti kita boleh kata, "eh
kau apa tahu. Aku cintakan dia nih sebab Allah tau yang hadirkan
perasaan ni.[1] Kitorang saling bercinta saling couple, berkasih syg
ni, sebab Allah tau yang hadirkan perasaan ni kat kitorang. Kan ke Allah
tu Pemilik Hati?[2]"
[1] Itu betul. Rasa cinta, minat atau sekadar suka itu satu fitrah.
[2] ini yang tidak betul. Melayan perasaan (nafsu) dan menjadikan Allah sebagai alasan.
Allah Maha tahu andai kita terminat
akan seseorang muslimin, kita akan merasakan betapa kotornya hati kita.
Justeru, kita akan tingkatkan mujahadah kita, sedaya upaya mengawal
perasaan itu. Sedaya upaya menyembunyikan perasaan itu dari diketahui
orang lain lebih-lebih lagi empunya diri yang diminati. Dan mungkin juga
Allah sengaja mencampakkan perasaan sedemikian, agar kita kecewa. Kenapa saya kata begini?
Ubat kecewa adalah kembali kepada Allah.
|
Ketahuilah, betapa perit dan pedihnya dirasai andai yang diminati telahpun berpunya. | |
Saya
berkata begini kerana boleh jadi, muslimin yang kita minati itu
telahpun berpunya. Andai kita di tempat muslimat yang meminati muslimin
itu, bayangkan bagaimana perasaan kita? Pastilah hancur dan luluh!
Kemungkinan besar, tangisan itu pasti terluah juga. Dan bukankah manusia
itu hanya akan lebih mengingati Allah saat dia kesedihan? Bukankah
manusia itu begitu sifatnya? Di saat-saat begitu lah dia akan meletakkan
sepenuh-penuh pergantungan dan kepercayaan kepada Allah, dan lebih
menghampirkan diri kepada Allah. Agak-agak kita lah, apa kesan dan
konsekuensi dari kekecewaan melampau begitu? Ya, cintanya terhadap Allah
Yang Maha Sempurna akan bertambah dengan lebih hebat! Masakan tidak?
Dia sudah menjadi semakin hampir dengan Allah, pasti cinta kpd Allah itu
akan bertambah. Bila cinta dengan Allah telah bertambah, automatik
pekerjaannya setiap saat menjadi ibadah. Masakan tidak? Setiap kerja
yang dibuatnya diiringi dengan niat yang baik untuk Islam semata dan
semestinya ditemani zikrullah. Maka dengan itu, pasti keimanan akan
bertambah!
Oh, rupanya Allah sengaja mencarikan dia asbab untuk mengangkat darjatnya ke tempat yang lebih tinggi. Masya Allah Maha Baiknya Allah! Allah yang mencarikan kita peluang untuk menghapuskan dosa-dosa menggunung kita dengan memberikan kita sakit, dan juga kesedihan. Dan Dia menunggu peluang untuk mengangkat darjat kita bilamana kita bersabar. Dia Maha Pemberi. Allah yang tidak sabar-sabar untuk mengurniakan sesuatu
buat kita. Betapa Dia terlalu Maha Mengasihi kita. Itulah Allah, yang
setiap saat mencintai kita, y ang setiap saat mengasihi dan mengawasi
kita. Yang terlalu inginkan kebaikan buat kita, hambaNYA ini.
Orang berfikrah lebih teruk diuji.
Persoalan
yang keempat, orang berfikrah lebih teruk zina hatinya berbanding orang
biasa. Bagi diri saya yang terlalu lemah dan teramat hina tida punya
apa ini, cukuplah andai kata-kata ini yang sentiasa menjadi ingatan.
‘semakin tinggi thaqofah (kefahaman dalam agama) kita, semakin hebat dan dahsyat ujian Allah dah tersedia di hadapan kita’
Satu
kepastian andai masalah hati bagi mereka yang bergelar pejuang Allah
itu lebih serius berbanding orang biasa. Sekali lagi, agak-agak kita lah
ya, mengapa demikian jadinya? Kerana mereka ini pejuang Islam! Mereka
membawa agama Allah. Sudah pasti syaitan menganggap adalah menjadi satu
kemenangan besar andai golongan daie sendiri terfitnah. Sudah pasti,
untuk mencapai kemenangan sedemikian, syaitan akan berusaha sedaya upaya
tanpa mengenal erti putus asa dan menggunakan taktik dan strategi yang
begitu licik dan halus. Tak jemu-jemu syaitan merancang dan melakukan
perbincangan demi perbincangan dan diskusi ilmiah untuk merancang
strategi yang hebat dalam menjahanamkan kita, terlebih-lebih lagi bagi
mereka yang terlibat dalam gerakan dakwah.
Apa perlindungan yang kita ada?
Allah.
Allah lah perlindungan kita. Cukuplah Allah bagi kita. Allah pasti akan
melindungi kita dan menolong kita, andai kita bersungguh-sungguh
melawan syaitan, andai kita bersungguh-sungguh cuba melindungi diri kita
dari godaan dan gangguan syaitan. Yakin dgn Allah!
“dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”
[Al-A’raf : 200]
Zina hati? Tapisan Allah?
Seperkara lagi, apa yang kita faham dengan zina hati? Zina hati itu bagi saya, kita membayangkan yang bukan -
bukan
(sila faham sdiri) dengan si dia yang kita minati. Saya kira, sbg
seorang perempuan, kita tidak akan sampai ke tahap ini (saya kira) dan
andai betul ada yang sampai ke tahap itu (membayangkan adegan-adegan
18sx dgn si dia yang diminati, Allahuakbar, naudzubillah, sila dan saya
mohon tolong baca ini) dan mereka adalah org yang bergelar daie, anggaplah itu adalah salah satu tapisan Allah buat kamu.
Perlu
diingat, tapisan Allah itu berlangsung setiap saat. Orang lain tak tahu
kita sedang ditapis, kerana orang lain tak tahu masalah hati kita. Tapi
kita sendiri sedar kita sedang ditapis Allah. Harus kita sedar, dalam
perjuangan membawa Islam, bukan semua orang akan terpilih. Dan dalam
segenap yang terpilih itu, Allah akan tetap menapis dan melakukan
tapisan demi tapisan hingga akhirnya yang tinggal kelak adalah mereka
yang benar-benar ikhlas, sabar dan istiqamah dalam perjuangan.
Haa,
ni kan pula, jangan ada yang memandai ingin memandang rendah kepada
mereka yang dirasakannya tergelincir dari jalan dakwah, futur dari
perjuangan. Sangka baiklah dan yakinlah, mungkin Allah sudah pun
menetapkan, mereka itu telah dipilih Allah untuk menyumbang terhadap
Islam dengan cara menyumbangkan buah fikiran yang bernas, idea-idea yang
mantap. Dan mungkin juga ada yang memang Allah sudah tetapkan, dia
hanya akan menyumbangkan wang dalam membantu perjuangan membawa Islam
ini.
Tapi, adakah andai satu hari nanti kita tertapis (naudzubillahi min dzaalik), maka kita pun berkata pada diri sendiri,
“oh,
Allah dah tapis aku. Sebab aku memang tak layak untuk terus berada
dalam jalan dakwah. Takpe, Allah dah tapis aku, biarlah aku mengundur
diri. Aku kan tak layak”
Adakah
kita akan berfikiran sebegitu? Sangka buruk pada ALlah sebegitu?
Jangan! Ketahuilah, tidak sekali Allah tapis kita dengan bermaksud untuk
kita terus-menerus menjauh dari jalan dakwah. Tidak! Bukan begitu!
Sesekali tidak begitu maksud Allah.
Allah
menapis, agar kita lebih bersemangat waja untuk menggenggam semula tali
Allah. Agar kita lebih hebat berlari dalam kembali ke jalan dakwah,
jalan perjuangan. Bukan dengan tujuan untuk menghinakan kita, bukan
dengan maksud untuk merendah-rendahkan diri kita. Allah sekali-kali
tidak akan berbuat begitu, kerana Dia telalu mengasihi kita setiap saat.
Moga kita semua akan istiqamah dalam jalan juang, aamiin.
Kesimpulan: Sangka baiklah pada Allah dalam menghadapi ujian hidup.
Kesimpulannya,
ingatlah, Allah itu menurut persangkaan kita sebagai hambaNYA.
Bagaimana yang kita sangkakan pada NYA, maka begitulah Dia Yang Maha
Sempurna itu. Sangka baik lah sentiasa denganNYA, letakkan sepenuh
keyakinan dan pergantungan kpd NYA. Nescaya tidak akan kau kecewa dan
sedih.
Maaf andai terlalu panjang (yeah, again and again).
Saya kira, dah terlalu banyak saya coretkan. Buat empunya diri yang
bertanya soalan, (tahniah kerana kamu telah menjadi manusia bermanfaat)
maaf, andai masih tidak menepati kehendak soalan dan tidak memuaskan
hati. Saya dengan segala kerendahan hati memohon maaf andai ada
kesilapan dalam menyampaikan apa yang terlintas di fikiran ini (ilham
dari Allah semata).
“dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin”
[Adz-Dzariyat : 55]