Wednesday, December 30, 2009
Genap Setahun - 31-12-2009
Sunday, December 27, 2009
26 Disember 2009 (Perkahwinan Zaky & Zaza)
Tiap-tiap minggu de jemputan kahwin....hari ni ak g kenduri zaky n zaza kat Damansara....naik bas n LRT ke stesen Universiti...abg jemput kat sana....kami naik satu kereta...Dahlia ngn Mak dia pun de skali...syaq, dayah n ana follow blakang....
Saturday, December 19, 2009
Singgah Petang....
Jumpa lagi semua....minggu depan nak g kenduri zaky & faizah plak....jumpa kat Damansara ye kawan2.....papai.....
Wedding Natasha & Hashim (19-January-2009)
ak, syaq, ajib,nabil n aswan sambung borak....ye la dh lama xjumpa...masing2 punya cerita tersendiri.....punya la sedap berborak sehingga kami xsedar pun yang kat bawah meja yang kami duduk tu dh dipenuhi air....banjir la senang cite nye...pe lagi gelak la kami kat situ....hahhahaha...nasib baik la ak ngn syaq ni pakai selipar de tumit walaupun x tinggi sgt tapi cukup menampung hujung kain dr basah dek kerana air yang melimpah kat bawah meja....lepas tu kami uat keputusan untuk naik ke rumah tasya....lepak2 ngn tasya...siap amik gamba...tasya nie still mcm dulu ye walaupun dh jadi isteri org...hehehehe....
Monday, September 14, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Saturday, August 22, 2009
Marhaban Yaa Ramadhan
Mulut kadang salah berucap….
Hati kadang salah menduga…..
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada….
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do’a kita di ijabah,
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.
Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf lahir dan bathin….
Aminn.
belum tentu menawan hati
menimbulkan rasa bencimembina mengambil masameruntuh sekelip masa
. Maaf Zahir dan Batin
Wednesday, August 12, 2009
Hepi Besday
Tiada kata lain yang dapat kucoretkan untuk hari ini…cuma setakat nie je lah…jumpa lain kali….papai….
Tuesday, August 11, 2009
Majlis Penganugerahan Insep (Hadiah Hari Lahirku) . . .
Friday, July 10, 2009
Rindu!!!!!
Awak mengetahui yang awak merindui seseorang apabila jantung awak berdegup pantas ketika teringatkan dia. Walaupun sekadar ‘hai? daripada dia pun sudah mencukupi sebagai penenang. Awak mungkin menaruh hati padanya, cuma awak tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.
Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu ’sweet? saya mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi dia.
Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih…terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.
Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.
Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.
Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.
Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.
Monday, June 15, 2009
Cite pasal g Skudai....
Wednesday, May 27, 2009
Trip ke Langkawi
Sunday, May 17, 2009
Kau Lah Pendidik Nusa Bangsa
Mulanya,
Sukar bagi dirinya untuk memahami,
Dirimu lah mencorakannya….
Kini,
Dirinya sudah mampu mengerti,
Saat mereka perlukan teman untuk berbicara,
Saat mereka perlukan bimbingan,
Disitulah dirimu menanti,
Menghulurkan tangan untuk disambut….
Wahai Guru,
Waktu dirimu melemparkan senyuman,
Mahupun saat dirimu menelan kepahitan,
Semua itu kau beri & terima dengan seikhlas hatimu,
Demi mereka anak didikmu….
Wahai Pendidik,
Renung lah jauh masa depan anak didikmu,
Jangan sesekali kau membelakangi mereka
Yang dahagakan ilmu ,
Yang memerlukan bimbingan,
Yang mendambarkan kasih & sayang darimu….
Padamu duhai guru,
Lihatlah wajah-wajah anak didikmu,
Adakalanya mereka terlena,
Adakalanya mereka sering menguji,
Adakalanya mereka hadir menghiburkan hati,
Namun bagimu mereka semua sama,
Tiada taraf diantara mereka,
Tiada perbezaan kasih & sayangmu diantara mereka…..
Wahai Guru,
Ajarkan mereka ilmu,
Curahkan mereka dengan keazaman,
Dan lengkapkan diri mereka dengan islam di dada…
Untukmu guru,
Jasamu akan ku kenang selamanya…..
Kaulah Penunjuk jalan Kejayaan ku…..
Kau abadi di hati ku buat selamanya…..
Khas untuk semua guru, lecture, n sesiapa sahaja yang pernah menjadi guru kepada ku...
Hasil Nukilan,
Norsuzzana Shakri