Saturday, August 22, 2009

Marhaban Yaa Ramadhan

Mata kadang salah melihat….
Mulut kadang salah berucap….
Hati kadang salah menduga…..
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada….

 

MARHABAN YAA RAMADHAN
Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do’a kita di ijabah,


Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan


Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf lahir dan bathin….


Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,

Marhaban Ya Ramadhan

Allaahumma baariklanaa fi Sya’ban wa ballighnaa Ramadhan
Aminn.

  
Seribu senyuman
belum tentu
menawan hati
satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa
bencimembina mengambil masameruntuh sekelip masa
  
Selamat Menyambut
Ramadhan
. Maaf Zahir dan Batin
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina
 
Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perjalanan hidup kita selama ini.
Sekian, terima kasih,wassalam
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.

Wednesday, August 12, 2009

Hepi Besday

assalamualaikum….

Thank to all my frenz for ucapan… Ri nie umurku genap 25 Tahun…byk perkara suka duka yang berlaku dlm 25 tahun nie…semoga hari2 mendatang membawa sinar kebahagiaan buat ku…Insyaallah....

Tiada hadiah istimewa, selain ucapan yang ku terima dr kwn2…itu sudah cukup penting kerana itu menandakan yang kita saling ingat-mengingati…ucapan dari Si Dia menandakan aku masih dihatinya….walau ia awal sehari….tidak menapa mungkin terlalu excited takut terlepas tarikh….thanks abg….ucapan mu begitu berharga & cukup buat diriku tahu ak sentiasa dihatimu….:-) tiada lain yang berharga selain dirimu....akan ku abadikan kasih kita hingga ke akhirnya.....Semoga hubungan kita kekal selamanya......Insyaallah...Aminn...

Tiada kata lain  yang dapat kucoretkan untuk hari ini…cuma setakat nie je lah…jumpa lain kali….papai….

Tuesday, August 11, 2009

Majlis Penganugerahan Insep (Hadiah Hari Lahirku) . . .

Semalam aku ke UTHM, Bt Pahat…tumpang kete epul....berat je keputusan nak pergi...semua last minit uat keputusan....aus la yang bersungguh suruh pegi..pelik sgt...tp xpe la...last , dlm pukul 1.00ptg ak bgtau epul nak tumpang dia...lgpun dia sorang2 gak...sian lak kat dia...pegi sana pun sebab de majlis penganugerahan Diploma Eksekutif… Alhamdulillah…Majlis tuh berjalan lancar…

Sampi je batu pahat ak n epul terus uthm jumpa aus n joe....g makan kat kedai pe ak xingat..yang pasti tempat lepak yang slalu kitorg lepak dulu....lepas g dewan uthm...aus de keje sikit...malam tuh ak tumpang tido umah aus...esok nye...pagi2 lagi ak n aus bersiap untuk ke UTHM...Majlis bermula pada kul 8.00pg...

Bermula cerita nye, apa yang tidak disangka2 berlaku di dalam dewan…semua ni berlaku di luar jangkaan aku...setelah selesai penganugerahan Diploma bagi setiap kursus, tiba lah masa nya penganugerahan Pelajar terbaik setiap kursus...dengan xdisangka2 nye....miza salah seorang staff CEC memanggil ak....aus pulak mengucapkan Tahniah pada..pelik...rak keliru masa tuh...adakah patut ak yang dipanggil nye.....rupanya2 nye Aku pelajar yang dianugerahkan Pelajar Terbaik bagi kursus Instruktor bagi latihan industri…patut la aus beria2 nak kan ak hadir masa majlis tuh.....berdasarkan kriteria yang bagaimana ak pun xtau....itu semua bahagian Senat yang tentukan...


aku bersyukur sangat ke Hadrat Illahi…usaha aku selama ini membuahkan hasil…dalam gembira de juga perasaan terkilan tatkala aku menerima anugerah, parents aku tiada disisiku…mereka xdpt hadir kerana de perkara yang tidak dapat dielakkan…xpe, ak tidak berkecil hati…insyaallah, aku akan pastikan yang aku mengulangi pencapaian ini untuk degree yang aku amik sekarang…Thanks Mama & Abah kerana kalian k.long berjaya…Kerana kalian juga kak long berada di mana kak long berada skrg...dan atas keizinan kalian kak long sampai ke johor walaupun berat hati kalian untuk melepaskan kak long dlm keadaan sepertimana kak long mula ke johor.....(patah kaki, dengan bertongkat, masih memerlukan rawatan susulan...dan dengan di kaki masih ada besi....) masa mula berangkat ke johor kak long baru 2 minggu menjalani pembedahan pemindahan tulang....tetapi kalian lepaskan juga kak long pergi demi untuk menuntut ilmu....

Dan ini lah hadiah paling bermakna bagi aku di hari lahirku yang ke-25…bukan kerana angka nye...tapi kerana (...........). hadiah yang aku akan ingat sampai bile2…walaupun besday aku 12 Ogos…(keesokannye)...hehehehe


To all my friend mase INSEP, su ucapkan terima kasih byk2…kerana kalian byk membantu su mase program INSEP berlangsung…disaat su memerlukan, kalian hadir menghulurkan tangan…mungkin su byk menyusahkan kwn2 mase program INSEP berjalan…maklum lah, dengan bertongkat…(kisah gadis bertongkat ke hulu ke hilir) byk aktiviti yang su xdapat laksanakan sendiri, kalian yang bantu…. Wawa, Sarah, Nuyu, Wani, Huda, Aus, Joe u all mmg byk membantu su..Thanks a Lot… Juga kpd kwn2 yang lain…(maaf andai nama kalian tidak disebut…kalau boleh su nak senaraikan semua nama kawan2....tp terlalu ramai) tapi u all tetap dalam ingatan…Thanks to u all gak…


P/s: TAHNIAH juga kpd Jauhar (Joe) kerana mendapat anugerah pelajar terbaik kursus pembuatan….

Friday, July 10, 2009

Rindu!!!!!

Awak mengetahui yang awak merindui seseorang apabila jantung awak berdegup pantas ketika teringatkan dia. Walaupun sekadar ‘hai? daripada dia pun sudah mencukupi sebagai penenang. Awak mungkin menaruh hati padanya, cuma awak tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.


Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu ’sweet? saya mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi dia.

Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih…terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.

Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.

Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.

Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi ia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun darihari ke sehari manusia sentiasa berubah.

Monday, June 15, 2009

Cite pasal g Skudai....

Assalamualaikum....
Sori byk hari x update blog, ari jumaat sy amik cuti untuk settle kan urusan ngan BANK & LHDN. Semua dokumen dah siap... Jumaat malam tu jgk kami satu family bertolak ke Skudai, Johor. Perjalanan yang sungguh memenatkan...coz, kul 12.30am gerak dr KL, singgah kat perhentian, tdo lam kete je....sepanjang perjalanan ku xdpt tdo....Nak tau kami pegi Skudai uat pe?????
Sebenarnye ku de pendaftaran pelajar baru Program Separuh Masa....Pe lg yang nak di buat, sambung study la....Dapat sambung kat UTM....Blaja kat UTM Semarak....
Cite2 pasal study nih, study punya lah lama...smpi 7 tahun, klu ku x uat pengecualian kredit xtau la nak kata pa...... Skunk nih ku tgh bertungkus lumus uat permohonan pengecualian kredit....nak course outline la plak....susah2....nasib ku baik coz de lg smpn course outline mase blaja ri tu....tp de jgk la yg xde...mana nak cari ye...PK2....
Kuliah start 11 July...pasni ku kna sesuai kan diri ngn life baru la....keje ngn study....de ke mase utk ku Outing with family n frens....nmpk nye kna susun lek lok nih jadual...huhuhuhu......kna susun strategi baik punya.....hahaha......
Setakat nih la dulu...nnt ku cite lg ye....wassalam....

Wednesday, May 27, 2009

Trip ke Langkawi

25 May 2009; kami pulang dr Langkawi. Setibanye di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah perasaan yang kurasa selama berada di Langkawi bagaikan indah sehinggakan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Terasa rindu kpd teman belum terubat…belum puas kami bersama dah nak berpisah… berpisah bukan bermaksud berpisah selamanye… Tetapi berpisah demi meneruskan & menjalankan tanggungjawab masing-masing yang selama 3hari ditinggalkan bagi memberi ruang untuk mengulangi memori indah yang selama ini terpahat ketika berada di Kolej sewaktu dulu….Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)…..
Kenangan bersama kalian tidak pernah terpadam dari ingatan walau sekelumit…..
Gambar ni diambil semasa makan malam di RRestauran Titi Papan, Langkawi… dari kiri Azza, Sue, Una, Liza (Wok), Husna & Ajib~Mydearestlove (Duduk)
Tiada dalam Gambar Yus, Myra, N Mom Liza….
Ni lah bilik penginapan kami D’Langkawi….AB Motel, Pantai Cenang.

Sebelum naik Cable car…
Inilah barisan teman-teman yang menjayakan misi Reunion D’Langkawi sesi mei 09…. Good Luck to all my Friends….

Di Puncak….

Dataran Helang….
Sudah seminggu masa berlalu, kini baru ku dapat coretkan pengalamanku buat teman2 tentang aktivity ku D’Langkawi…. huhuhu…mencoret sesuatu ni tidak pernah kenal erti penat jika ia berkaitan dengan diri kita, pengalaman & kenangan…. tetapi mase selalu mencemburui, kita yang perlu mengejar masa untuk sempurnakan segala hal……Hope ku dapat melaksanakan segala hal walau untuk seminit….
Kepada kawan-kawanku,
Hargai lah masa yang datang sebelum ia pergi meninggalkan kita…… Demi Masa sesungguhnya Manusia itu dalam kerugian, jika ia tidak pandai menghargai masa yang hadir & berlalu pergi…. ‘Masa Itu Emas’ (Fikirlah maksud di sebalik nye mengikut kefahaman sendiri)
Nana

Sunday, May 17, 2009

Kau Lah Pendidik Nusa Bangsa

Mulanya,

Sukar bagi dirinya untuk memahami,

Dirimu lah mencorakannya….

Kini,

Dirinya sudah mampu mengerti,

Saat mereka perlukan teman untuk berbicara,

Saat mereka perlukan bimbingan,

Disitulah dirimu menanti,

Menghulurkan tangan untuk disambut….

Wahai Guru,

Waktu dirimu melemparkan senyuman,

Mahupun saat dirimu menelan kepahitan,

Semua itu kau beri & terima dengan seikhlas hatimu,

Demi mereka anak didikmu….

Wahai Pendidik,

Renung lah jauh masa depan anak didikmu,

Jangan sesekali kau membelakangi mereka

Yang dahagakan ilmu ,

Yang memerlukan bimbingan,

Yang mendambarkan kasih & sayang darimu….

Padamu duhai guru,

Lihatlah wajah-wajah anak didikmu,

Adakalanya mereka terlena,

Adakalanya mereka sering menguji,

Adakalanya mereka hadir menghiburkan hati,

Namun bagimu mereka semua sama,

Tiada taraf diantara mereka,

Tiada perbezaan kasih & sayangmu diantara mereka…..

Wahai Guru,

Ajarkan mereka ilmu,

Curahkan mereka dengan keazaman,

Dan lengkapkan diri mereka dengan islam di dada…

Untukmu guru,

Jasamu akan ku kenang selamanya…..

Kaulah Penunjuk jalan Kejayaan ku…..

Kau abadi di hati ku buat selamanya…..


Khas untuk semua guru, lecture, n sesiapa sahaja yang pernah menjadi guru kepada ku...

Hasil Nukilan,

Norsuzzana Shakri