Allah SWT memberi balasan kepada amal yang dilakukan oleh hambaNya sama ada dengan cara segera atau ditangguhkan. Orang yang beramal pada jalan Allah akan diperluaskan pintu rezekinya dan dipermudahkan segala urusan hidupnya. Itu adalah janji Allah. Setiap kebaikan atau keburukan yang dilakukan pasti ada ganjarannya. Berikut adalah beberapa firman Allah dalam Al-Quran berkenaan dengan ganjaran buat Muslim yang beroleh amalan kebaikan. Hayati Firman Allah dibawah;
Firman Allah dalam surah Al-An'am, ayat 120 yang bermaksud: "Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. kerana sesungguhnya orang-orang yang melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan."
Firman Allah dalam surah Al-Hajj, ayat 60 yang bermaksud: "Demikianlah (janji balasan Allah) dan sesiapa yang membalas kejahatan orang, sama seperti yang dilakukan kepadanya, kemudian dia dianiaya lagi, sesungguhnya Allah akan menolongnya. Ingatlah bahawa Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."
Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 133 yang bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapatkan keampunan Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa."
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 110 yang bermaksud: "Dan dirikanlah solat dan tunaikan zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahala di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat apa yang kamu kerjakan."
Firman Allah dalam surah Al-An'am, ayat 160 yang bermaksud: "Sesiapa yang mebawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) 10 kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya(sedikit pun)."
Firman Allah dalam surah Yunus, ayat 27 yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olah ditutup dengan beberapa bahagian dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."
No comments:
Post a Comment