Tuesday, December 7, 2010

Cerita di awal Muharram...

Assalamualaikum...awal tahun..tahun baru...buka buku baru...cerita baru...kehidupan baru...semua nya serba baru...xde cerita menarik di awal tahun baru cuma nak cerita aktiviti kami diawal tahun baru.hehehe....

"Penghijrahan dari yang baik kepada yang lebih baik...Renung2 kan kita di masa lampau....& rancang lah dengan sebaik nya untuk masa akan datang...Semoga apa yang dirancang bejalan dengan lancar......Kita hanya dapat merancang tapi DIA yang menentukan segalanya....Maka berusahaLah + Bertawakkal + Berserah = Berjaya...."


Pagi td ak ikut rombongan ke IKS Banting...hehehe...melawat ke kg sri kundang, banting...mula g kilang roti..tengok roti panas2 mmg geram je...hehe...sedap..susah nak dapat roti melayu yang buat...lepas tu pegi lin biskut...bukan lah biskut je yang dijual...tp kerepek2 pun ada...habis borong dek depa semua kerepek2 tuh...then pegi tempat kerepek kat tempat lain...ada 3 tempat kerepek...akhir sekali baru pegi kat tempat kraftangan...kat situ kami serbu tempe bukannya kraftangan...hahaha....(lawak tolll)..jum layan pic yang diambil...memang bergamba sakan kami kat tempat kraftangan...hihihi

  Proses cake dilakukan...

Diatas titi
dija yang ngada2...hihihi
sporting habis...


 wowo....apa tuh....



 mamat mana la amik gamba ak xready nih....huhuhu

Jum naik bas....kami nak balik dah....seharian berjalan...hehehehe

Monday, December 6, 2010

Awal Muharram

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. Hari pertama Allah menciptakan alam. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. Hari pertama Allah menurunkan hujan. Allah menjadikan 'Arasy. Allah menjadikan Luh Mahfuz. Allah menjadikan alam. Allah menjadikan Malaikat Jibril. Nabi Isa diangkat ke langit.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"  

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan  dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Sunday, November 28, 2010

Tamat la sudah...

Hai....

Exam dh habis...smlm last paper rekabentuk kemudahan yang xde la mudah sgt...hehehe...tp boleh la...insyaallah...semoga ak dapat yang terbaik...dh dicuba buat yang terbaik hope result pun terbaik...3 atau 3 minggu ag dapat la result...hehehe...hari ni ak mula bercuti selama sebulan untuk hari minggu...semoga masa tu terisi dgn perkara yang ak ingin sgt lakukan...hahahaha....hajat dihati nak tido pada hujung minggu...hahaha....nak date...lalink xmo date ngn sayang ke...hehehe...nnt klu nak start class xleh date dh tau...susah sikit klu xde public holiday...jum datingggggggggggggg............entah apa la aku melalut ni erk...hohoho

Ni gambo dengan En. Lokman Ali....
last kelas...lecture yang best sepanjang sem ni...hehhee

Monday, November 1, 2010

Bulan Peperiksaan!!!!


BULAN PEPERIKSAAN!!!!!!
BULAN ASSIGNMENT!!!!!!

MACAM2 ADA. . . . . !!!!!!!!


12 - NOVEMBER - 2010 
BUSINESS STRATEGY


12 - 14 - NOVEMBER - 2010
OUTSTATION MELAKA


15 - NOVEMBER - 2010
SUBMIT ASSIGNMENT
COST ACCOUNTING & REKABENTUK KEMUDAHAN


21 - NOVEMBER - 2010
SUBMIT ASSIGNMENT
BUSINESS STRATEGY


24 - NOVEMBER - 2010
COST ACCOUNTING


27 - NOVEMBER - 2010
REKABENTUK KEMUDAHAN



Sunday, October 31, 2010

Lagu Bola Kelate - Bo Lawe Staro Demo.mp4

YESSS. . . . Akhirnya KELANTAN berjaya bawa pulang PIALA MALAYSIA 2010. . . 2 - 1 Generated by Facicons

Wednesday, October 27, 2010

Bulan Peperiksaan!!!!

1 November 2010 bermula minggu study for exam...huhu...apa nak study nih...pusing2...erm...mana nak mula ye...huh nak pegang buku mana ye...business strategy ke costing ke atau rekabentuk kemudahan....tp better mula ngn business strategy kot...hehehe...yg lain lepas raya...huh...tp ass pun belum anta semua lg...mana la nak cekau dulu nih....Ya Allah...kau permudah kan lah segala urusan ku...aminnnn


Jadual diatas untuk final exam....

dan yang dibawah plak Jadual untuk study...huhuhu




Sunday, October 10, 2010

Konvokesyen My Lalink 10.10.10

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni...aku nak cerita pasal "Lalink" Aku...hehehe....Tahun ini Lalink ku menerima ijazah sempena konvokesyen ke-12 Universiti Malaysia Sabah. Pastinya berkat ketabahan yang dihadapi selama ini, segala ragam pembelajaran dan ketekunan dia hingga meraih kejayaan. Pastinya lebih manis bagi mereka yang memperolehi keputusan yang cemerlang dan menerima anugerah Universiti sebagai tanda penghargaan. Sekalung Tahniah Buatmu yang tersayang...:-)
With Lalink mom
Wwahhh....Teddy bear...hehehe

Family Yang Hadir
Sekalung Tahniah


Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com

TAHNIAH aku ucapkan pada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah khususnya kekasihku kerana berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang.

Tuesday, September 28, 2010

@Open@House@2010@

Salam...hari ahad tanggal 26-09-2010 ak telah adakan majlis rumah terbuka yang sedia terbuka.... Hidangan yang dihidangkan.. Majlis ini untuk rakan-rakan sekerja, Sekolej, Seuniversiti, seperjuangan dan kawan-kawan mama & abah.

Thank to all frenz from KUIS....rindu zaman kita bersama dulu terubat apabila bertemu kembali....masih adakah ruang untuk kita bergurau senda, bertepuk-tampar seperti dulu kala....walaupun sederhana tetapi kalian semua tetap hadir...

Thanks jua pada K.Emy, kerana menjadi tetamu yang kedua..hehehe....happy tengok semua ada...hope tiada kekurangan dlm masakan & hidangan yang ada..pada Nurul & pasangan, Ros & Suami, juga pada Aida & Nixx....terima kasih kerana sudi datang.....:-)

 
Paling aku gembira sekali adalah, thank to anna & wan, kerana sanggup turun dr Johor ke KL untuk dtg ke beraya rumah k,su....pada K.yati walau dalam kesibukkan kerja sudi juga datang rumah su...hehehe....

Menu yang dihidangkan hari tu adalah, Mee kari, Spagethi (from my cousin), Laksa Lemak (makanan Kelantan), Biskut raya, & also Rojak Buah. Ada buat coklat utk bg pd tetamu yg hadir tp terlupa nak bg...huhu.... Tak mengapalah, janji semua pulang dengan puas hati.:-)

Saturday, September 11, 2010

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~

Salam Aidilfitri. . . . .

Ondway ke rumah Atuk Hulu Bertam. . .











*** Hari Raya Kedua & Ketiga

Friday, September 10, 2010

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~

Salam Aidilfitri...

Tahun ni ak beraya di kg sekali lg...cuma di Tumpat... Tahun 2009 kami beraya di Tanah Merah... Kemeriahan beraya di kg tetap dirasai cuma berbeza dari segi persediaan.... Di Tumpat tiada juadah raya sgt la...Cuma lepas sembahyang raya kami ke Kubur Arwah Pakcik, Atuk tapi siggah dulu rumah mek tok.... Balik dr Kubur singgah rumah Pak Sepupu kami....  


  Keberangkatan Pulang




 
Lepas tu g pulak rumah Mak Sepupu pulak...then baru la balik rumah... Aha...dah balik rumah ni baru lah buat persediaan untuk juadah raya...makcik ku bikin nasi Dagang untuk tetamu...ada satay, kek Befday Amirul & mamanya....






 
  Ramai tetamu yg datang...makan la ye...jamu selera apa yang ada...hehehe..... 

Jeng...Jeng...Jeng...Kini tiba masanya kami yang anak dara ni melaram & berposing di tepi sungai... hahhaha...lawak tul.... jum tengok pic ni baru la korang tau.... ikut mood je semua... Cameraman kami xlain xbukan sepupu kami jgk....dia dengan rela nya ikut je apa yang kami nak...hahahaha

Aku xtau la nak kata apa...orang lain sibuk beraya bermaaf-maafan, makan rendang...kami pulak sibuk bergaya di tepi sungai...hehe...ni semua anak dara..tp de sorang je mak dara...hehehe....anak dara nye xmo ikut...puas diajak, xmau jgk tuh...biarlah...org dh xnak...hehe..


tuh..tuh...tengok sana tuh...apa tuh...burung terbang ke abang terbang...hahaha...yg tunjuk, tunjuk...yg tengok, tengok...hahaha

alahai....ayunya semua anak dara nih...che su, che long, che ya, che chik, mama long (tp perasan suh anak buah pnggl cik su jgk...ish..ish...)

*** Hari Raya Pertama 10-9-2010