~OUR 5 Great Years!!!!~
Assalamualaikum wbt...
Mood happy this month... Alhamdulillah, genap 5 tahun kami still bersama... semoga hubungan ini smpi akhir hayat... tiada apa lg dapat ku coretkan melainkan rasa bersyukur di beri limpah kurnia sehingga ke tahap ini... kini setelah 5 tahun kami mula dapat menyambutnya bersama2 selepas perjuangan abg sebagai fisabillillah tamat secara rasminya... kini aku pula menyambung perjuangan sebagai fisabillilllah...(^_*)
Mood ceria, seceria mentari cerah dilangit. . .
Sedikit nukilan qaseh buat Lalink ku Mohd Najib Nordin
Semoga bisa
kita melalui hari-hari...
Dengan penuh
makna tentang CINTA, ILMU dan IMAN...
Dengan CINTA
hidup menjadi INDAH...
Dengan ilmu
HIDUP menjadi MUDAH...
Dengan
IMAN hidup menjadi BERKAH dan TERARAH...
18 july
2011 genap 5 tahun kita melayari alam percintaan yang penuh warna-warna keceriaan
yang telah kau berikan padaku...
Aku
bersyukur kepadaNya kerana ditemukan
dengan org sebaikmu dan sejujurmu...
Aku akan
berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu...
Bahkan aku
amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat
juangmu, menghulurkan tanganku untuk kau berpaut sewaktu rebah atau tersungkur
di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu...
Akan aku
kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku...
Aku pasti
berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku...
Bukan itu
yang aku impikan...
Cukuplah
kau mencinta Allah dengan sepenuh hatimu...
Kerana dengan
mencintai Allah kau akan mencintaiku jua keranyaNya...
Cinta itu
lebih abadi dari cinta insan biasa...
Moga cinta
itu juga yang akan mempertemukan kita
kembali di syurga....
Insyaallah...
Inside |
Outside |
Dua2 kita suke..;-) |
Sekian...
ayat perenggan pertama....mcm pernah dgr tp di mana ye??....hehehhehe >_<
ReplyDeleteyg mana tuh??? kat mana errrkkkk...hihihihi
ReplyDelete