Monday, May 9, 2011

NORA ELENA TV3|SLOT AKASIA

Drama Cinta Antara Kita di slot Akasia sudah dipenghujung cerita.Jadi drama Nora Elena akan mengantikannya bermula 9 Mei ini setiap Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam.Drama Nora Elena ini merupakan drama yang diadaptasi dari novel popular yang bertajuk Kasih yang suci

Barisan pelakon utama dalam drama ini ialah Aaron Aziz, Siti Saleha, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen

Siti Saleha memegang watak NORA ELENA




Aaron Aziz memegang watak SETH
SINOPSIS NORA ELENA

Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.

Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?
 
**JUM...JUM...kita tengok sejauh mana cerita ni yang diadaptasi dr novel... adakah ia nye sebaik novel Kasih Yang Suci. . .

**petikan dr blog EncikNakal...

2 comments:

  1. ade novel dia???.... pinjam~~~~~

    ReplyDelete
  2. hehe... novel syg ntah mana pg... tp klu kwn punya ada...nnt la try cr...:-)

    ReplyDelete