Monday, February 28, 2011

Gathering Kelab KN 27022011

Gathering Kelab KN telah berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa pada 27 Februari 2011 (Ahad) Penulis jemputan: Hanni Ramsul, Adilla Tasha, Ilya Abdullah, Serta pelancaran novel Seandainya...- Rys Areesa dan Pelukan Cinta - Amisha Dania. 

Terima kasih kepada semua ahli kelab yang hadir. Insyaallah, gathering akan datang akan di adakan. Bila? kita tunggu apa kata Cik Azie kita selaku Pengerusi Kelab KN.
Semalam juga telah diadakan sesi perlantikan AJK Kelab KN yang terdiri daripada:

Pengerusi : Cik Azie (KN)
Naib Pengerusi : Nuralyani (Ahli Kelab)
Bendahari : (KN)
Setiausaha : Lela (Ahli Kelab)
AJK : Norsuzzana (Ahli Kelab)
          Kak Yan (Ahli Kelab)
          Tie Tinie (Ahli Kelab)

Semoga dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya... harap kita semua dapat berganding bahu bersama-sama mengadakan aktiviti untuk ahli kelab KN dimasa akan datang...Insyaallah...

Antara Ahli Kelab KN yang hadir:


 Barisan orang kuat KN
 AJK yang dilantik
 Barisan Ahli Kelab yang hadir
 Ahli Kelab yang sporting
 Happening
Bersama Penulis - Rys Areesa & Adilla Tasha
 Bersama Penulis - Hanni Ramsul & Amisha Dania

Bersama Penulis - Ilya Abdullah

Gathering semalam tamat pada pukul 5ptg dengan jayanya...terima kasih kepada semua yang hadir... setiap ahli yang hadir menerima cenderahati dr KN berupa KeyChain Butterfly & yang paling best setiap ahli menerima 2 Buah novel terbaru daripada KN secara percuma...yahooo.....

Tuesday, February 22, 2011

Saat Rawan Mula Menjengah....

Sedih hatiku...tidak terluah dek kata2...hanya airmata yang singgah di tubir mataku...kenapa ia perlu singgah jika hanya menambah rawan dihatiku...
Bagaimana nak mulakan tu xtau la...ingin kuluahkan...tp xbisa ku luahkan...hati berbicara, tangan kaku, air mata xberhenti mengalir... andai dapat ku luahkan ingin ku luahkan...tp ak takut ak xcukup kuat untuk berhadapan dengan semua... hanya satu yang dapat ku buat saat ini & tika ini...hanya berdoa...berdoa....meminta agar di beri ketenangan dihati dari DIA yang MAHA ESA.... semoga DIA pelihara hubungan kami... 

Tuesday, February 15, 2011

Sambungan Cerita "Happy Befday Lalink "

hai....kat sini sy just nak share pic je...kemana kami pegi pd 1.1.11...hehehe... ni sempena Befday My Lalink.... ~MID VALLEY~

 Wayang ~ Damping Malam ~

 Menunggu giliran pintu dibuka...:-D


 Untukmu Yang teristimewa....

U r My Mr. Teddy

Monday, February 7, 2011

Ganjaran yang dijanjikan Allah

Assalamualaikum...

Allah SWT memberi balasan kepada amal yang dilakukan oleh hambaNya sama ada dengan cara segera atau ditangguhkan. Orang yang beramal pada jalan Allah akan diperluaskan pintu rezekinya dan dipermudahkan segala urusan hidupnya. Itu adalah janji Allah. Setiap kebaikan atau keburukan yang dilakukan pasti ada ganjarannya. Berikut adalah beberapa firman Allah dalam Al-Quran berkenaan dengan ganjaran buat Muslim yang beroleh amalan kebaikan. Hayati Firman Allah dibawah;

Firman Allah dalam surah Al-An'am, ayat 120 yang bermaksud: "Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. kerana sesungguhnya orang-orang yang melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan."

Firman Allah dalam surah Al-Hajj, ayat 60 yang bermaksud: "Demikianlah (janji balasan Allah) dan sesiapa yang membalas kejahatan orang, sama seperti yang dilakukan kepadanya, kemudian dia dianiaya lagi, sesungguhnya Allah akan menolongnya. Ingatlah bahawa Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."

Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 133 yang bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapatkan keampunan Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa."

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 110 yang bermaksud: "Dan dirikanlah solat dan tunaikan zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahala di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat apa yang kamu kerjakan."

Firman Allah dalam surah Al-An'am, ayat 160 yang bermaksud: "Sesiapa yang mebawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) 10 kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya(sedikit pun)."

Firman Allah dalam surah Yunus, ayat 27 yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olah ditutup dengan beberapa bahagian dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."