Apabila membaca novel cinta, aku terfikir sendiri ... alangkah
bahagianya mereka yang telah dipertemukan jodoh masing-masing walaupun
banyak rintangan yang terpaksa ditempuhi sedangkan hakikat kehidupan
yang sebenarnya tidaklah semudah seperti perjalanan cerita di dalam
novel.
Cinta pertama??? cinta pertama telah pergi walaupun perit ia wajib dilepaskan untuk kita kecapi cinta yang baru.. sampai bila cinta pertama harus menguasai diri kita sehingga tiada lagi peluang kedua buat kita.... Cinta pertama aku sungguh menyakitkan... bertambah sakit untuk dikenang... maka dengan perlahan aku lepaskan ia pergi.... kadang-kadang cinta pertama membuatkan seseorang
itu hilang kepercayaan kepada lelaki/wanita sehingga keraguan sentiasa
timbul di hati mereka untuk mengecapi bahagia. Kadang-kadang mereka
sanggup membujang hingga ke akhir hayat gara-gara cinta pertama. Walau
apa pun situasi cinta yang anda alami, hargailah cinta yang hadir kerana
sekali ia pergi, susah untuk mengundangnya semula ... Terimalah ia
seadanya.... kini aku hanya berdoa supaya cinta itu pergi dan jangan datang lagi.... kerana kini aku ada dia... semoga dia sememangnya tercipta untukku...:-D
I love you more than you dear:-*