Tuesday, August 10, 2010

Rahsia Awet Muda Melalui Gaya Hidup Holistik


Anda tidak boleh mengurangkan umur tetapi boleh melakukan sesuatu terhadap umur biologi anda. Anda boleh memiliki anatomi, fisiologi dan sistem biokimia seorang yang berumur 30-an ketika anda berumur 60-an atau 80-an.

Kehidupan jenis mana yang anda akan pilih jika diberi dua pilihan berikut? Pilihan pertama ialah umur pendek dengan tahap kesihatan yang baik dari awal hingga akhir. Pilihan kedua ialah umur panjang tetapi mengalami pel bagai penyakit selama bertahun-tahun.

Kedua-dua pilihan di atas tiada kena mengena dengan mencegah penyakit. Tiada siapa yang mahu me milih untuk meninggal dunia awal atau membunuh diri semata-mata untuk mengelakkan diri dari mengalami penyakit. Tiada siapa juga yang suka dengan idea hidup lama tetapi meng alami sakit jantung, ke gagalan buah pinggang dan organ lain atau lumpuh berpunca dari strok. Apatah lagi penyakit yang melibatkan tulang belakang, kanser dan penyakit-penyakit lain yang boleh dicegah tetapi sukar dirawat.

Pendek kata tiada siapa yang mahu mati ketika usia muda. Tiada siapa juga yang mahu hidup lama tetapi mengalami keadaan ke sihatan yang mengganggu fi zikal, tidak membahagiakan emosi serta menggugah keutuhan rohani.

Umur Biologi Muda

Kepada anda yang memilih salah satu kategori ini, saya bawa berita gembira untuk anda. Anda boleh hidup dalam keadaan fi zikal dan emosi muda walau pun ketika usia tua. Caranya ialah dengan melambatkan proses penuaan dan bebas dari penyakit.

Dengan lain per kataan, sungguh pun  anda tidak boleh mengurangkan umur, anda boleh me lakukan sesuatu terhadap umur biologi anda. Anda boleh memiliki anatomi, fi siologi dan sistem biokimia seorang yang ber umur 30-an ketika anda berumur 60-an atau 80-an.

Anda kata ia mustahil? Kalau begitu mungkin anda tidak pernah me lihat seorang lelaki berumur 90 me manjat pokok. Anda masih lagi ber gantung kepada logik matematik sambil terpingapinga mengira ke kuatan otot, tendon, ligamen, dan sendi yang dimiliki oleh orang tua ini.

Bagaimanakah cara untuk mengurangkan proses penuaan? Kajiankajian terkini menemui mekanismemekanisme biologi yang bertanggung jawab terhadap penuaan yang menjadi punca kepada masalah-masalah kesihatan termasuk pembentukan penyakit degeneratif. Melalui hasil kajian tersebut, pakarpakar penjagaan kesihatan holistik membuat kesimpulan bahawa proses penuaan boleh diperlahankan dan penyakit boleh dicegah jika kita mengamalkan gaya hidup sihat secara holistik.

Mengamalkan gaya hidup holistik bukan sahaja membantu me ningkatkan tahap kesihatan kepada yang optimum dan mencegah daripada penyakit, malahan ia dipercayai membantu memanjangkan umur. Selain itu amalan tersebut membantu seseorang supaya tidak perlu berulangalik ke klinik atau hospital.

Tip Awet Muda Dan Cegah

Penyakit:

1. Dapatkan seberapa banyak ilmu mengenai pencegahan dari penyakit daripada pakar. Ia boleh didapati dengan membaca buku-buku dan artikel karangan mereka atau menghadiri seminar dan bengkel mereka.

2. Makan makanan me nurut jenis metabolisme. Tiga jenis metabolisme: pertama yang boleh makan makanan berlemak pada paras tinggi dan kurang sayur- sayuran serta buah- buahan terutama yang masam. Yang kedua ialah jenis yang boleh makan sayuran-sayuran dan kebanyakan jenis buah-buahan termasuk jenis masam tetapi kena kurangkan lemak. Jenis ketiga ialah mereka yang boleh makan dari kedua-kedua jenis makanan yang disebutkan.

3. Pulihara ke seimbangan organ sistem daripada segi ke sihatan dan fungsinya. Kurang atau elakkan daripada makan makan an yang men jejaskan organ sistem seperti makan an bergoreng secara te rendam lama, makanan terproses, lelemak ter hidrogenasi, merokok, minum alkohol, makan secara berlebihan. Elakkan daripada makan makanan berkarbohidrat ter proses kerana ia menyebabkan ketagihan serta pelbagai jenis penyakit serta simptom. Makan sayur-sayuran dan buah- buahan daripada pelbagai jenis. Elakkan makan makanan yang menyebabkan kesensitifan ke pada sistem pencernaan dan usus.Ambil ubat-ubatan moden ketika keadaan kesihatan me merlukan sahaja. Gunakan garam gunung Himalaya dalam masakan harian. Minum air mineral 6-8 gelas sehari.

4. Ambil ubat-ubatan moden ketika keadaan kesihatan me merlukan sahaja. Meningkatkan pengetahuan mengenai kaedah men jaga kesihatan diri sendiri ter masuk berkaitan keberkesanan pe makanan termasuk ubatan herba dan suplemen boleh meng untungkan anda.


No comments:

Post a Comment