Wednesday, May 27, 2009

Trip ke Langkawi

25 May 2009; kami pulang dr Langkawi. Setibanye di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah perasaan yang kurasa selama berada di Langkawi bagaikan indah sehinggakan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Terasa rindu kpd teman belum terubat…belum puas kami bersama dah nak berpisah… berpisah bukan bermaksud berpisah selamanye… Tetapi berpisah demi meneruskan & menjalankan tanggungjawab masing-masing yang selama 3hari ditinggalkan bagi memberi ruang untuk mengulangi memori indah yang selama ini terpahat ketika berada di Kolej sewaktu dulu….Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)…..
Kenangan bersama kalian tidak pernah terpadam dari ingatan walau sekelumit…..
Gambar ni diambil semasa makan malam di RRestauran Titi Papan, Langkawi… dari kiri Azza, Sue, Una, Liza (Wok), Husna & Ajib~Mydearestlove (Duduk)
Tiada dalam Gambar Yus, Myra, N Mom Liza….
Ni lah bilik penginapan kami D’Langkawi….AB Motel, Pantai Cenang.

Sebelum naik Cable car…
Inilah barisan teman-teman yang menjayakan misi Reunion D’Langkawi sesi mei 09…. Good Luck to all my Friends….

Di Puncak….

Dataran Helang….
Sudah seminggu masa berlalu, kini baru ku dapat coretkan pengalamanku buat teman2 tentang aktivity ku D’Langkawi…. huhuhu…mencoret sesuatu ni tidak pernah kenal erti penat jika ia berkaitan dengan diri kita, pengalaman & kenangan…. tetapi mase selalu mencemburui, kita yang perlu mengejar masa untuk sempurnakan segala hal……Hope ku dapat melaksanakan segala hal walau untuk seminit….
Kepada kawan-kawanku,
Hargai lah masa yang datang sebelum ia pergi meninggalkan kita…… Demi Masa sesungguhnya Manusia itu dalam kerugian, jika ia tidak pandai menghargai masa yang hadir & berlalu pergi…. ‘Masa Itu Emas’ (Fikirlah maksud di sebalik nye mengikut kefahaman sendiri)
Nana

Sunday, May 17, 2009

Kau Lah Pendidik Nusa Bangsa

Mulanya,

Sukar bagi dirinya untuk memahami,

Dirimu lah mencorakannya….

Kini,

Dirinya sudah mampu mengerti,

Saat mereka perlukan teman untuk berbicara,

Saat mereka perlukan bimbingan,

Disitulah dirimu menanti,

Menghulurkan tangan untuk disambut….

Wahai Guru,

Waktu dirimu melemparkan senyuman,

Mahupun saat dirimu menelan kepahitan,

Semua itu kau beri & terima dengan seikhlas hatimu,

Demi mereka anak didikmu….

Wahai Pendidik,

Renung lah jauh masa depan anak didikmu,

Jangan sesekali kau membelakangi mereka

Yang dahagakan ilmu ,

Yang memerlukan bimbingan,

Yang mendambarkan kasih & sayang darimu….

Padamu duhai guru,

Lihatlah wajah-wajah anak didikmu,

Adakalanya mereka terlena,

Adakalanya mereka sering menguji,

Adakalanya mereka hadir menghiburkan hati,

Namun bagimu mereka semua sama,

Tiada taraf diantara mereka,

Tiada perbezaan kasih & sayangmu diantara mereka…..

Wahai Guru,

Ajarkan mereka ilmu,

Curahkan mereka dengan keazaman,

Dan lengkapkan diri mereka dengan islam di dada…

Untukmu guru,

Jasamu akan ku kenang selamanya…..

Kaulah Penunjuk jalan Kejayaan ku…..

Kau abadi di hati ku buat selamanya…..


Khas untuk semua guru, lecture, n sesiapa sahaja yang pernah menjadi guru kepada ku...

Hasil Nukilan,

Norsuzzana Shakri